Jumaat, 28 September 2012

Airish Rania~


sedap namanya sesedap rasa kalo dapat kunyah pipi dia yg montel tak hengat tuh.. mama bagi makan apa dik? besau sangat pipinya.. arituh jumpa takderlah beso sgt smpi camni. hahahahaha~~~

baru berusia 3 bulan. gambar lates diMMS oleh abg aku pada 27/9/12


ini Airish Rania binti Adiadha.. anak abang aku merangkap anak sedara aku yg bernombor 1,2,3 ehh jap2 kira anak buah aku ada bape.. hahhh!! yg ke-8!! cayoklaaaaa~~ buat masa nie airish adalah anak buah yg paling digilai ramai sebab dia paling kecik+paling gebus. kalo balik kampung memang jadik tempat gomol.. kehkeh~~ 

 dh 2 ari tak jimba².. rindu pulak nak 'punch card' kat alamanda. jom abg, kita soping2...


# Bajet 2013.. gud news?? =p



Khamis, 27 September 2012

masak untuk dinner

kerja mcm biasa.. situasi kat opis nie mcm nielah, pagi2 dtg keje, punchkad, beli sapan, makan, on pc, tengok sana cni, rekod pengeluaran barang, borak2 sket, baca novel (erkk!! sempat ko baca novel ek??) hahahaha.... pastu lunch, bli makan lagik, solat zuhur, buat keje sket pastu balik!! wakakakakak.. heaven betul keje ko kan angelllll......

tiap petang kul 5 adalah waktu yang stress.. sebabnya?? sebabnya kena tunggu bas skali dengan segerombolan warga indo yang nak balik ke kawasan rumah aku jugak.. kalo takat 4,5 org takper.. ini dekat berbelas2 orang.. boleh korang bayangkan??? *nanges..... aku x kisah lagik psl tu tapi yg buat aku paaaaaling tak suka bila diorang suka berebut2 naik bas!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ apalah nasib aku duk kawasan perumahan yang penuh dengan warga indo nih... TT_TT.. tiap2 pagi dan tiap2 petang pun wajib berebut sakan.. *nak p keje naik moto.. uhuksss!! ehh, lama dh aku tak merempit ekk, sejak aku tergolek dog tuh aku mcm seriau sket nak bw moto. hahaha.. sudahnya encik suami pulak la yg kongker moto comel aku tu.. comel la sangattt... huhu

sampai umah pickup bebudak kat taska, aktiviti biasa main taman... tapi smlm mcm terlambat la plak bebudak dh ramai. aku peningla tgk bebudak kat c2, terjal ke ligat susah nak cakap. buaian tu boleh dipanjatnya smpi atas, gelungsur pun sama diorang panjat sampai puncak... aku cadangkan BPH letak satu replika gunung bagi bebudak panjat. ok x ek?? plan awal sbnrnya memang nak keluar berjimba² plus makan kat luar lepas balik keje semalam. tapi tah cemana aku terajin plak masak untuk dinner. tak kisahla tuh, rezeki kami sekeluarga kan.. lagipun memikirkan encik suami hampir ke pukul 6.30 tak sampai umah lagik memang dh taula kompem dia sampai umah lepas maghrib punya.. penat x bleh nak kata, smpi umah banyak je keje menanti, masak, angkat kain baju, mendobi, mandikan anak2, kemas umah sket2.. huwaaaa~~~ dan inilah hasilnya masakan dinner utk kami sekeluarga.. dan makanan tersebut habis langsai semuanya.. weeee... heppi!!! alhamdulillah.. rezeki =)

* kakak mcm biasalah, lepas siap² mandi sibuk tanya "arinie takder pegi mana² ke mama??" malam nie la baru kita jimba² yek kakak ^_^



Rabu, 26 September 2012

semalam hari gaji, ada org nak makan pizza hut

Fuhh tajuk, apsal pelik jek? wakakakaka... belasah ajerlah yerk.. yg penting penyampaian aku tu betul.. semalam hari gaji, pastu ada org sibuk nak makan pizza hut.. ada paham??

semalam memang hari yang ditunggu2 oleh semua pekerja gomen termasuk aku.. lepas raya masing2 sangap!! hahahaha.... siang kerja mcm biasa, masih behave.. tapi tengahari tu aku sempat terjah ke alamanda bayar bil hp yg dh kena blok sehari sebelum tuh.. gler ngko!! bil aku ni pun mcm tau2 jek dh nak hari gaji, boleh plak kena sekat.. adoiii!!

settle cucuk duit dan bayar bil, aku sempat lagik survey sandel.. aku kan berangan mau wedges 3 inci macam org ittew pakai.. sudah skodeng di vincci dan jumpa yang aku berkenan.. weee!! kembangnya ati, tapi aku tak beli pun, tengok harga pastu letak balik.. cuma sayangnya warna kuning labu yg aku nak takder.. *nanges... :( yg ada warna peach.. ahhh~ aku rasa itu pun sesuai kot..hehehehe... *senyum balik.. settle vincci singgah plak kedai buku.. skodeng novel Adam dan Hawa.. owhhh!! kulit novel yg ada abg aaron takder stok.. huwaaa!! yg ada kulit lama, sama mcm kulit novel aku yg hilang.. tapi takper... tgk jek dulu, pastu letak balik.. (sampai arini aku masih pelik mana hilangnya novel adamhawa aku yek? ada toyolkah? uwahhh.. mintak dijauhkan..) sempat singgah watson beli lipstik yg dh habis. dh smpi opis menyesal, warna tak matching.. arghhhh!!!!!!

lepas tu patah balik ke maxis, mana plak kak ana nih? dh 18x aku lalu lalang depan maxis smpi ada sorang brader tu peratikan aku jek.. hahaha.. seram plak aku dibuatnya.. phewwww~~ tunggu punya tunggu smpi jugak makcik tuh.. dia kan kena ragut ari sabtu lepas, hbeg sme lesap.. termasuk la simkad dan telefon gnote cina dia tuh.. kesiannn.. tu la kak, lenkali jgn bawa barang banyak2.. akak slalu jalan sensorang senang jek org nak buat pape.. dapatla balik 2 no hp dia yg kena curi tuh.. 1 no bayar 10 hengget, okeh.. ini igtn utk aku kalo2 simkad aku hilang.. kena bayar okeh kalo nak amik balik no ko tuh. bukan pree.. settle tu p makan kat fudkot.. lepas tu baru balik opis.. smpi opis kul 3.. wakakaka.. heaven!!

malamnya pulak konon nak surveykan hp kak ana kat mines tapi mmg tak sempat, last2 p warta bangi jek.. dhtu dia nak tepon yg harga 50hengget!! mana nak jumpa oiiii~~~~ lantakkan ajerlah, yg penting aku dh tunaikan janji.. tujuan utama pun nak beli susu untuk anak2.. lalu depan pizza kakak nak makan pizza lak.. alahaiiiii~~~ layankan ajerlah kan, kebetulan dh ari gaji.. hehe... adik sempat tumpahkan air kat baju, jatuhkan cawan, turun naik baby chair.. aduhai~ kurang kesabaran aku dibuatnya.. settle semua terus balik.. takdan la aku nak beli wedges idaman ati tuh.. uhukss!! =(


masih layak mendapat hidangan percuma =)


sup mama pun kena rembat.. pastu tak habis.. iskk!!

berjaya habiskan sepotong pizza dengan paksaan.. kalo tak paksa mmg takkan habisla..


okehhhh, masa dh time... siap2 nak balik dan bawa anak2 p main taman.. adoiyaii!!! 


gambar semalam, seronok adik yerk!

dh jadi rutin harian 2 beradik, balik dr skolah wajib singgah taman.. hukhuk

papa baru smpi, pickup kami kat taman. petang nie pickup kami lagik yer papa!



sabarlah wahai hati

aku dh lama bersabar tapi biasalah kan setiap kesabaran manusia ada batasannya..

sabar pasal apa? pasal itu fesbuk laa... banyak siaw laaaaa.... arghh!!!! aku tensen!! geram!! sakit & panas ati!! dari pagi lagik mmg mood aku tak bape nak baik, situasi diri aku pun x bape nak baik.. Ya Allah, memang dugaan betul.. aku perasan dari minggu lepas org tu dh brani tag gambar kat wall aku, memula skali, 2 kali, 3 kali, aku masih diamkan jugak. mungkin sebab dia nak kongsikan kebahagiaan dengan aku.. cehhhh!!! bahagia konon.. puihhhh!!!

tapi arinie dia mmg silap langkah, skali aku nampak dia tag, terus darah aku naik ke muka.. tu yg keluar status aku mcm org meroyan.. wakakakakka.... aku pedulik hape ko jiran atau sedara. selama nie mmg ko yg slalu porak perandakan ketenangan hidup aku. masa belum dpt muka ko memang manis mcm madu, bila dh dpt muka ko memang mcm bangkai!! benciiiiiiiiiiiii~~ langsung tak penah tanya kabar berita kami semua kan? mcm tu pun nak suruh aku berdiam diri lagik? takperlah, aku redho jek.. mungkin dulu sebab mmg aku yg bodoh, terlampau ikutkan hati yang mati.. memang bukan rezeki aku agaknya.. insyaAllah, rezeki Allah ada dimana2.. selagi kita usaha selagi tu kita akan jumpa..

dan tadi aku perasan dia balas balik apa yg aku kata.. dia kata kalau tak pandai boleh diajar, tapi bila dh tak boleh diajar itu maknanya kurang ajar.. last skali dia take noted "pesanan untuk diri sendiri" bhahahah~~ ko tak payahla nak pesan bagai mcm tu.. apsal tak terus terang ckp jek "pesanan untuk angel" kan senang??!! kahkah.. sukati ko ler kan.. yg penting ati aku dh puas dpt lepaskan apa yg terbuku selama nie.. mcm yg aku kata, selama ni aku pun tak penah mintak sedekah ngan korang, tak penah ganggu hidup korang, boleh tak korang jangan ganggu gugat hidup aku lagi??? sekian!!!

dari aku yg sakit hati~ DEMMMMM!!!!

* dunia nie bulat, kita tak selalunya di atas.. sama² renungkan dan selamat beramal.. buangkan la sifat hasad dengki dan busuk ati aku Ya Allah.. aminnn~~



Tangan aku kebas lagi


KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh, membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya, memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan. Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.
CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.

Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.
Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.

Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.

Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.

CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.
Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.

Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.

Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.

Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.

Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.


* rasanya dari minggu lepas tangan aku dh kebas².. aku perasan bila pegang hp lama sket mula la rasa kebas, skrg nie pegang mouse pun dh mula rasa kebas.. tapi bila pegang cawan, pensel atau apa² yg tiada kena mengena dengan gadjet canggih nie tangan aku okey² ajer..  pasni takyah pakai hp, takyah buat keje kat opis.. duk diam2 saja... adakah aku tergolong dalam golongan pesakit di atas.. owhhhh!! tidakkkkkkkkkkkkkkkkk~~ WAJIB jumpa doktor!! 



Blog Widget by LinkWithin