hapdet laju² untuk 5 hari punya cerita.. demmmm!!!
jumaat~ sampai rumah terus rebah.. confirm aku demam. bbm encik suami mintak dia jemput anak²... dalam masa yg sama rasa kenapalah aku tak p jemput bebudak tu sndrik sbb nak menunggu encik suami balik tu macam tunggu buah yang tak gugur.. jenuhhh!!!!! dalam sakit² tu rasa bersalah pulak kat anak².. yelah, aku sedap² golek² kat tilam (mana ada sedap, aku berselibung dengan selimut dari atas kepala sampai hujung kaki.. sejuk! sakit tulang temulang, badan rasa membahang, air mata menitis sedikit demi sedikit menahan kesakitan.. errr.. batal tak pose aku ek?)anak² pulak mesti tgh tunggu aku kat depan pintu. setiap kali loceng berbunyi, cikgu buka pintu, 2 org anak dara aku mesti jenguk pintu.. tengok² mama/papa org lain, dalam ati dia mesti tertanya, manalah papa/mama kita nih tak sampai² lagik.. sampai mcm tu sekali aku pikir sebab aku memang tak penah amik diorang lewat dari pukul 6.. sebakkk!! :(
bila malam sakit makin menjadi².. nie mesti virus dari si kecik Sara.. dia dh okey kita pulak yg tak okey.. alahai anak, takperlah.. mama redho.. dari adik yg sakit baiklah mama yg sakit. tapi bila mama sakit 1 kerja semua tak menjadi. x masak untuk berbuka, tak terdaya nak basuh baju kotor 2 bakul, tak larat langsung nak menyapu lantai, apa lagi nak layan kerenah anak² mama.. sorry yer sayang... masa buka puasa petang tu pun aku tatau encik suami makan apa.. aku cuma sedar bila dia kejut sebab nak suapkan nasi dengan sup daging.. hahaha~~ terasa mcm nazak betul sakit aku nih! TQ abang, layan kerenah bini yg mcm2 hal nie.. lepas makan, telan ubat langsung tak sedar.. lagi skali sedar time sahur.. encik suami kejut nak puasa ke? aku cuma jawab 'tak larat' je..
sabtu~ pagi² lagi encik suami dah kejut suruh siap² sebab dia nak hantar kitaorg ke USJ sebab dia keje.. ngehehehe... dia risaukan aku kat rumah kot, takut tak terlayan kerenah anak².. kakak, seawal jam 6.30 pagi dah siap mandi.. semangat betul anak dara yang sorang nie kalau kejut dia pastu bgtau nak p sana, p sini.. cuba kalau kita sebut 'kakak bangun!!! p skolah...' haaaaaaaa~~~ dengarlah dia mengamuk².. pandai drama anak dara aku yg sorang nih!
kat USJ lega sket, anak² bila jumpa sedara dh tak igt kat kita.. gud gurl! mama boleh rehat puas² =p.. plan nak buka kat USJ tapi dah hujung² tu tak jadi la pulak. tah hape² jek.. last² bli McD drive thru kat puchong pastu makan kat rumah. hahahaha.. layankan ajerlah.. malam tu nak taknak kena jugak gagahkan diri pergi klinik.. plan nak balik kg malam tu pun terpaksa postpone esoknya. tak dapatla nak tido bawah ketiak mak malam tu.. hukhuk.. time nie kakak dh mula nak demam jugak.. badan dah suam² sejuk.. bibir dah merah, mata dh berair jek.. nie betul² passing baton namanya. uhukss!!
ahad~ lepas dah telan ubat 3,4 jenis + bapak besar tu badan dh sihat sket.. semangat bangun pagi packing² baju.. gitu gini kul 10 gak baru kuar umah. hahahaha.... dalam perjalanan tu rasa mcm sihat la pulak gaknya sebab ati gumbira nak balik jumpa mak abah kot. hew² =D... kul 1.30 sampai BP.. panas terik sungguh la kat cni.. aduhai, memang betul² dugaan. patutlah mak slalu cakap bp tak penah hujan pun dik.. takperlah mak, sabo ajerlah.. balik kali nie sempat jenguk bazar ramadhan taman budaya. syiok bazar kat bp ni, makanan jual murah².. memang tak habis makan la weh.. kuih 4 ketul singgit jek.. kat putrajaya hado??? pikirlah sndrik~~
lepas buka puasa beramai², siap² nak balik kota pulak.. uhuksss~~~ raya nanti jekla org tido kat umah mak ehhh... masa nie kakak kompem dh demam.. sedihnya rasa, bergilir² demam... tapi nasib baik demam time puasa, bukan time raya. lagik haruu!! harap² encik suami sihat la hendaknya sebab kalau encik suami pun turut demam, wooo patah kaki la kitaorg.. ngam² kul 12 smpi kota, lambat pun sebab tgk DLCW beraksi.. last² kalah jugak. aiyarkkk!! takperla latok, latok tatap helo malaysia.... wa salute sama lu... :p
isnin~ pukul 8.30 dah sampai pejabat pemaju. punya semangat nak amik duit raya~ hahahaha... aku suka jek, tapi dalam ati encik suami aku tatau la apa. dia diam jek.. agaknya sedih+kecewa sebab impian nak memiliki rumah berdekataannnnn dengan ibunda dan bapanya tidak kesampaian.. huhu~~ takperlah abg, agaknya bukan rezeki kita. insyaAllah rezeki kita mesti ada ditempat lain yang lebih bagus dan selesa. kan itu janji Allah.. sama²lah kita usahakannya yek.. amin~~ settle jumpa pemaju terus balik Putrajaya. takder singgah² lagi dah, encik suami pun cuti 1/2 day, lepas kul 2 kena masuk site semula. see, punya la pekerja berkaliber encik suami aku nih, xmau dia amik cuti.. badan penat pun wajib jenguk muka kat site.. maklumlah org terpenting katanya. sehari dia takder, sehari jugak org 1 site takleh buat kerja. wahhh gittewwww~~
hujan sepanjang perjalanan, kejap renyai, kejap lebat.. 12.30 sampai Putrajaya jalan kering jek. aikkkk??? tak hujan pun.. cuma cuaca jek redup.. aduhaiiii~~~ letih sungguh badan, kerja kat rumah yg melambak tu tengah tunggu turn jek untuk dikerjakan. tapi aku memang betul² x larat.. demam pun x kebah lagik, kakak pulak amik giliran demam.. dugaan, dugaan, dugaan... terima kasih Ya Allah dengan ujianMU ini.. aku redho~~ kesakitan mengingatkan aku tentang nikmatnya kesihatan yg baik.. amin....
selasa~ kerja mcm biasa. bosan! bosan! bosan! hahahaha.. aku semuanya bosan, time pegi shopping² jek heppi.. datang opis pun hati tak tenang teringatkan kakak pontel pulak demam.. huhu~~ risau sebab dia susah nak makan ubat.. mungkin sebab dh besar, dah pandai cakap mcm² la alasan dia. ubat tak sedaplah, takut muntahlah, itulah, inilah.. hilang sabar jugak nak melayan.. uhuksss!!!
petang as usual balik kerja naik bas.. jemput dabel Q kat skolah nampak kakak pontel dh boleh main lari² dengan kawan².. alhamdulillah, demam dh makin kurang agaknya. cikgu pun cakap dia dh bagi makan ubat. camne cikgu bagi makan agaknya yek? hihi~~ petang semalam jugak cuti masak.. rasa mcm dh malas nak bersilat kat dapur tu ditambah lagik dengan stok lauk yg tak berapa nak ada.. nasib baik encik suami setuju makan kat luar tapi dengan syarat buka puasa dulu kat rumah, lepas mahgrib baru kita terjah! okeh abg, i setuju jek.. sempat la goreng nasi belen sahur untuk alas perut.. kul 9, terjah johny's.. tekak teringin nak makan steambot yang sebetulnya. hahahahah~~~
late iftar 070812~ buah hati pengarang jantung... aumm!!
dua² anak dara aku takmau makan, agaknya sebab masing² badan tak sihat, tekak pun tak lalu nak menelan. banyak main ajerlah... settle makan terus balik.. esok nak kerja okehhh!!!
sekian~~~ habis jugak cerita 5 hari 4 malam aku... giler sakit otak nak ingatkan balik apa yg terjadi & berlaku selama 5 hari tu. well done, otak aku masih berfungsi dengan jayanya.. syabbas bette! alhamdulillah, syukur dengan rezekiMU Ya Allah.... =)