Selasa, 15 Januari 2013

Kelebihan Ayat 3 Qul

Amalkan Ayat 3 Qul pada setiap hari di waktu Pagi...


(Pesanan Nabi Muhammad S.A.W jikalau kita mengamalkan 3 surah ini pada waktu pagi maka Allah SWT akan memelihara keselamatan kita sehinggalahke petang.)
 
AYAT 3 QUL

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

 
Al-Ikhlas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Al-Falaq
[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

An-Nas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Fadhilat Membaca 3 Qul

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah 
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca 
surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca 
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
Pahala Membacanya 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca 
surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam ya
kullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
 
Menghindari Sihir dll
1.  Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2.  Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk.
3.  Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.
4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.
5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.
6.  Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / di ulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

crdt to : blog izalea

#insyaAllah akan diamalkan selalu...  



Blog Widget by LinkWithin