Selasa, 18 November 2008

cuti2 mesia

sy nak p bercuti... yeahhh!!! dh bape taun tak p bercuti cmni... akhirnya... kami suami isteri sepakat nak bercuti ke cameron.. hanimun ke?? isk3.. idak ler... kami nak p family holidayy.. nak bawa pontel, mak, abah, akak ipar, abg, anak buah.... aduhai.. seronoknyaa.. tak sabar plak nak tgu januari 2009.. harap2 smenya berjalan dgn lancar...



nape sy bercuti 1 ari 1 malam jek?? sbbnya... masa sy buat permohonan online tuh, tempahan tuk feb 2009 tak dibuka lagik.. huwaaa.. frustnya sy.. tepaksala sy tempah utk tarikh 30 & 31 jan jerk.. kalo dh smpi sana, kot2 bilik tu still kosong sy lanjutkan la tempoh penginapan tuh.. bulih kannnn?? hikhik... sape2 yg takder kalendar 2009, sila lihat hp memasing.. ahahaha.. gler poyo sy nie.. psstt2.. murah kann?? RM50 jerkk... okeyla untuk sy yg kurang berkemampuan nihh.. huhuhuhu... yg penting, 1st time nak p cameron.. tu yg sy sgt2 teruja.. :D (wahaha.. gler jakunn.. org lain dh berpuluh2 kali p sana, haku baru 1st time nak p.. huhuhu.. JAKUN nooooo)

** maklumat2 lain tepaksa diedit utk keselamatan sy.. =p

* apsal tetiba posting sy nie poyo2 belaka.. ahh.. pedulikk!!! blog sy, sy punya suka la.. lalalala!!!~

syukran2...

kawan2 sy baru balik dari penang.. diorang berkursus kat sana selama 4 ari 5 malam.. patutnya sy pun kena pegi.. tapi disebabkan sy ada anak kecik (alasan jek) sy pun 'mengecualikan' diri dari hadir ke kursus tersebut.. boleh cmtuh?? hahaha... boss pun ckp ok.. sy apa lagik.. hepi lorr... sy mmg tak ske p kursus2 nie, tatau la nape.. dari sejak bujang smpi dh beranak nie bila kena p kursus mesti lemah.. tu yg pelik lau tgk org lain hepi semacam bila kena p kursus.. alahaiii.. apa la mlsnya saya nie kan... masa bujang dulu.. kalo kena p kursus asek teringatkan tunang.. (wakakakaka).. skrg nie kalo kena p kursus kompem asek teringatkan pontel.. mau siang malam sy nanges.. hikhikhik... bistuh camnooo???? mmg la bleh ajak anak.. (opis sy nie best tau.. kalau p memana, luar daerah dari KL nie, sesapa yg ada anak kecik leh bawa skali.. bukan leh bawa anak jek, suami pun leh ikut serta.. kira2 cam p bercuti skali la.. best kan?? hahaha.. syukur2 dpt keje kat cni.. huhuhu... ) tapi mslhnya incik suami tak bleh cuti.. biasala la keje swasta.. keje plak ngan komunis.. (ehh.. ada lagik ke komunis skrg nie? hehe..) sudahnya... sy pun kansel la dari p kursus.. tu alasan yg sebetul2nya.. (sy kalo kena p memana, kalo leh nak angkut anak & suami skali... lemak kan?? =p)

cuma sy tak sangka.. diorang igt jugak kat sy... arinie diorang masuk opis tgk2 diorang hulur beg yg comei nie kat sy.. nak tau apa dlm nya?? meh sy tunjukk...



wahh.. beg RM lagik =p


kuih bangkit.. bestt.. sy suka mkn nie.. masuk dlm mulut jek nanti dia cair.. (cam coklat la plak..hikhik)


rempeyek.. sy kureng plak dgn yg nie.. tapi takper, incik suami leh habiskan.. hehe

alamak! blurr plak gambar bahulu sy nie..

haa!! yg nie sy saaaaaaaaangatt sukaa.. tgk tu warna warni.. gerammmmm


balm buah pala.. sok2 kalo sy batuk2 ke, saket pale ke, kena geget nyamuk ke leh pakai bnda nie. ihikss..



syukurr lagik skali... ada jugak buah tgn utk sy... mekasih yer kenkwan... lenkali sy nak lagikk... =p haha.. melampau la tuuuu....



caiyok pontel caiyokk

anak mama dh pandai tonggeng2 plak ekk.. nak merangkak ke?? tapi punggung tu berat sgt kan.. takper2.. cuba lagik ehhh.. caiyok pontel... caiyokk.. =p


ciannyaaaaaa =( =(


mangsa... comei btoll...


PUTRAJAYA: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya,” luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja. Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ.

Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital.

Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.“Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan. “Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.


Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.“Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit,” katanya.Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.“Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain,” katanya.


Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.“Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

** al-fatihah utk mangsa..
** pengajaran penting utk aku.... tetiba risau plak pontel kat nurseri... moga2 pontel sihat selalu.. iskk!~ :(
Blog Widget by LinkWithin