Jumaat, 2 Disember 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama Adleena Qaisara


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Adleena Qaisara
Allah selamatkan kamu...

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama syg, moga membesar dengan jayanya dan berjaya di dunia juga akhirat.. mama, papa, kakak sayang adik banyak².. mmuahh³ pp kiri, mmmuahhh³ pp kanan sambil adik ketawa gelihati.. malam nie kita potong kek eh syg.. mama dh plan nak bawa adik potong kek SR pastu bawa adik dengan kakak makan eskrem kat Tutti Frutti.. harap² plan kita menjadi.. insyaAllah..

pagi tadi bangun awal, kul 4 pagi semata² nak packing 100 bungkus jajan untuk kawan² adik.. smpi la nie tak tdo lagik.. uwarghh!! penatnya badannnn... letihnya mata.. tapi takper, mama tak kisah asalkan kawan² adik dengan kakak hepi dengan goodies yg kita bagi.. pagi td juga selamat menghantar 65 bungkus jajan ke taska.. kenapa 65 bungkus jek sedangkan aku bertungkus lumus packing 100 bungkus.. ntahlaaa... ada la cerita, kes dan kisah di situ.. abaikan jekla. yang penting semuanya dh selesai.. alhamdulillah! bulan April nanti prepair untuk jajan kakak pulak.. kakak tgu okeh.. 4 bulan jek lagik.. =)

tghari tadi lunch kat Johny's Alamanda.. hihi.. jauh tu p makan.. saja teman Kak Ana yang teringin nak makan Johny's.. aku kan baik ati, layankan jeklaaa... kenyang jugak perut.. otw nak balik tgu bas ujan la plak.. huhu, selamat la bila smpi opis ujan dh reda.. la nie ujan lebat balik semula.. aiyarkkk!!~~

Putrajaya hujan lebat! gelap, pekat, malap.. aduhaiiii~~ cmne aku nak balik nie?? takkan nak redah dlm ujan lebat mcm nie? seriauuu!! nak tgu ujan reda.. harap² awal la redanya.. kalo lambat² sian anak² mama kena tgu kat taska berdua jek sbb kawan² sme dh balik. mama cuba balik secepat yg boleh yer syg.. tgu mama balik tau.. tetiba jek sedih.. iskk!! =(

inilah goodies dari Double Q sekeluarga untuk kawan² dan cikgu kat taska.. hoping korang enjoyy!!~ ^_^


bungkus dlm plastik sampah jek.. punyala malassss... ahahahah

taddaaaa!!~ Angry Bird attack.. agak² budak² kat taska tu suka tak dengan design aku nie? hihi =p



isi perut dia...

gula² pembalut Barbies tu sangat menarik perhatian aku.. ehh... ni birthday mak ke anak? hahaha..




inilah besday gurl yg dulunya kecik, kini dh membesar bagai Johan.. syukur padaMu Ya Allah kerana kurniakan aku zuriat yang sempurna ini.. akan ku jaga zuriat ini hingga akhir hayat..



Sara, 4 bulan... gebussss kan.. mmuahhh pp Sara :D



Sara, 9 bulan 12 hari.. ni gambar raya hari tu..



Info terkini Adleena Qaisara :







  • dah ada gigi 4 batang. 2 atas 2 bawah




  • dah pandai berjalan pada usia 11 bulan (awal sket dari kakak.. alhamdulillah)




  • dh boleh sebut perkataan (perkataan baby seusia dia)




  • dah pandai merajuk




  • suka tengok siaran BabyTV




  • bila kuar lagu yang familiar pada telinga dia, suka joget²




  • dah pandai terima arahan (bila aku ckp "Sara.. jalan cepat".. nanti dia bangun pastu cepat² jalan smbil terkedek.. sama jugak bila aku cakap "Sara, tepuk tangan".. nanti dia terus tepuk tangan)




  • paling suka makan aiskrim (sbb hari² kakak makan aiskrim depan dia)




  • dah pandai berebut barang dengan kakak




  • dah pandai bergaduh dengan kakak




  • suka main gusti² dengan kakak (kakak buat dia cmne skalipun dia tak penah nangis, tarik kaki, tarik tangan, hayun badan ke tilam, seret kat lantai dia boleh bantai gelak smbil ketawa melekek².. aku plak yg hangen.. hahaha)




  • paling suka menjerit (ikut perangai aku kot.. aku mmg suka jerit² bila marahkan kakak.. hahaha)




  • dah pandai panjat meja




  • dah pandai panjat sofa




  • dh pandai panjat printer (wakakaka... habislah printer papa jahanam dik oii)




  • dh tak suka duduk dlm stroller, trolli barang (kalau pegi shooping complex jenuh nak melayan dia.. dia nak lepas dr dukungan pastu merangkak²+jalan sendiri.. adei!)




  • senang nak bagi makan (tak macam kakak, makin besar makin susah nak suruh makan. asik² nak susu jek)




  • dengan rasminya dh stop BF w'pun susu aku ada lagik pada usia 1o bulan+.. hukhuk.. (dia tak mau sendiri sbb susu dah tak bape banyak.. lebih selesa minum susu formula-bancuh 7oz pun boleh habis sekaligus)




  • bla..bla..bla.. banyak lagik la perkembangan budak yang bernama Adleena Qaisara nie.. hihi..


terima kasih pada kawan² mama yang wish heppi birthday pada saya..



* plan nak balik Pagoh malam nie kansel sbb aku bagi alasan nak cbrate b'day Sara.. seb baik alasan diterima.. makanya esok pagi jekla kita gerak balik Pagoh yer anak².. yehaaa.. mak sokaaa!! =p








Blog Widget by LinkWithin