Selasa, 23 September 2008

tdo manjang..

arituh kan, masa aku sibuk2 nak balik kg ada interview tuh yg sbnrnya aku balik ngan si pontel jek.. naik bas lagikk!! wahahahah... gler btol.. main terjah jek tuh.. 1st time bawa pontel naik bas.. aduhaii.. mslhnya incik abe takleh nak bercoti.. yeklaa.. nanti sibuk nak coti raya plak kan.. (derang nie pun satu, saja jek panggey aku interview time2 nak raya.. tak pepasal kurang cuti rehat aku!! cettt..)

aku amik tiket kul 8.00 malam.. nak dijadikan citer, smpi2 jek pudu skali p kaunter trans derang kata kalo nak balik selatan kena naik kat bukit jalil.. hambik ko!! tgk2 jam masa tuh dh kul 7.50.. aiyarkk!! sempat ke nie?? arghhhh!! incik abe nie asal boleh jek tau.. dia gegas jek bawa aku naik LRT.. huhuhuhu.. penatttttttt!! dgn beg beso lagik, dgn pontel lagik.. (pontel dh berat, rasa cam nak suh dia jalan kaki jek.. ahakss!!).. tgu punya tgu, smpi bukit jalil kul 8.15pm.. waaaa.. dh lebih 15 minit.. tah2 bas dh jalan kot.. iskkk!! aku dah seriauu.. kalo kena tinggal bas cemana?? habislaa.. rugi wit tiket ooo.. (tambang bas dah naik, hampass!!).. dlm sesak2 napas tuh, tetiba aku nampak sebijik bassss!! incik abe kata, gaknya tu la bas yg aku nak naik.. ye ke?? iskk.. doa2.. mintak2 la betul..skalii... mmg betul pun.. legaaaaaaaaaaaaanya ati aku.. abg drebar dh tgu lama gaknya tuh.. ekekeke...


pontel tertdo slps 15 menet bas bergerak..

alahai.. makin boolattt pp anak dara aku nihh...

huhuhu... cam kat umah jek dia landingg.. lena sgtla tuh...

dlm kul 12 mlm kitaorg slmt smpi destinasi... hikhik.. legaaa... mak abah dh tgu.. pontel pun dlm perjalanan tdo manjangg... syukurrrrr!!


** pasni kalo kene balik naik bas lagik kena pkir 2,3 kali laa.. walaupun pontel tak meragam, tapi aku cam tak larat jekkk.. kalo balik ngan kete kan leh menyinggah sana sini.. muahahahhaa!!

malaikatmu

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan :

" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu.. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat... Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Blog Widget by LinkWithin