yey!! dah petang pun.. nak cerita pasal aktiviti semalam.. kitaorg jalan² p Setia Mall, dengan niat nak cari baju raya anak²+buka pose kat luar..
gerak dr umah pun dh petang. pagi encik suami kerja mcm biasa.. abg, sejak² nak raya nie rajin pulak u kerja kan.. takperla, i tak marah..i tau u kerja sbb nak bagi i duit raya lebih kan? hahahaha... matiklaa!!
sampai sana pun dh dekat kul 4.. ngam² sampai terus booking meja kat KR.. giler pening kitaorg cari tempat makan.. last² jumpa jugak.. booking meja n makan settle baru jalan².. aisehhh.. tataula nak bli apa kat cni.. kedai baju bebudak pun style butik².. pastu ada pasaraya besar namanya PARKSON.. kehkeh ;p kesimpulannya, baju² kat situ tak menepati citarasa aku. gitu gini sempat jugak rembat selai seluar jeans poney utk lil' Sara.. kakak tak payah la yek sbb sblm puasa aritu kan mama dh belikan selai untuk kakak.. poney jugak, pakai yang tu dulu.. esok² lepas raya mama belikan yg lain.. okey.. kakak memang gud gurl =)
tengok tu, asik skodeng jek dari atas..
cerita pasal Sara.. hurmmmm... nak kata demam dh kebah, boleh la.. tapi agaknya dalam shopping complex tu kan sejuk, demam dia dtg balik.. sian anak aku.. aku dok lenjan ke sana sini mcm org sihat udahnya hambekk!!
time nie bateri full lagi.. tu yg melasak jek.. dh masuk fasa malam baru rasa lepak yer dik..
time buka pose kat KR tu Sara dh merengek tak tentu pasal, duduk salah, pangku salah, baringkan pun salah.. kejap2 nanges, kejap² nak pangku, kejap² nak dukung, kejap² nak duk ngan mama, kejap² nak duk ngan papa (ehh.. banyaknya kejap.. hahaha).. time tu kaki dia dh sejuk.. dahi dh panas.. alamakk!! ubat tak bawa ni, ayam pun baru 3/4 masuk perut.. banyak lagi tak makan... uhuk².. time encik suami makan aku sempat bawa Sara ke pintu luar (seb baik KR tu betul² kat sebelah pintu keluar oiii.. kalo x jenuh jugak aku nak jalan jauhh) sbb nak jauhkan dia dari ekon.. tapi dia merengek plak nak ikut papa.. asik sebut 'papa..papa..' alahai anak... seb baik encik suami makan lajus punya tak hengat.. dia settle makan, aku plak amik port sambung makan.. dia sambung bawa Sara amik angin kat luar.. kejap lagi kakak pulak buat hal nak memerut.. hahahaha!! adoiyaii.. nak marah ke nak nangis?? dugaan sungguh.. sempat lagi bertegang urat dengan encik suami sbb dia nak tglkan Sara dengan aku, nak bawa kakak ke toilet.. aku ckp nanti Sara melalak² cari papa cmne?? Sara tu mmg 100% anak papa.. sket² nak papa.. huhu~~ last² encik suami akur bawa jugak Sara ke toilet bersama² dengan kakak yg tak jadik memerut.. upanya nak kencing jek.. haishhhH~~ sabo ajerlahh.... aku plak, bila dh mcm tu nak makan pun tak senang terus panggil waiter suruh dia bungkus²..
specially reserved tuh!!
kat situ ada taman, playground, air pancut bagai.. syiok jugak bawa anak² lepak².. sempat la lepak depan air pancut tu 1/2 jam sebagai upah untuk kakak yg tak dapat pape. itupun dia dh sibuk nak main playground..
taman nie la yg membuatkan hati kakak melonjak² x senang duduk.. hahaha
aduhaiii~~ apa nak umpan dia ni yek? last² aku cari watson, bli ubat demam untuk Sara, bli cool fever dengan coklat M&M sebagai umpan untuk kakak.. hahahaha.. bijak x aku?? depan² air pancut tu la aku sumbat Sara dengan ubat demam.. nasib baik dia tak melalak!! 1/2 jam duk situ terus balik.. sampai rumah pukul 11mlm.. baru la terasa penatnya.. anak² tdo jek dari dlm kete tak sedar².. penat agaknya mama bawa lenjan sana sini ek.. hehe..
pagi tadi p skolah Sara mcm dh okey.. harap² petang nie aku amik pun dia okey jugakla.. jangan demam lagik yer Sara... mama tak senang ati tengok mulut Sara biru² mcm ari Jumaat lepas.. rasa nak meraung pun ada! hukhuk..
* lagik 5 menet nak balik.. cargasss!! as usual arini kena balik naik bas.. lalalala~~