Memaparkan catatan dengan label nurseri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nurseri. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2009

buffday, jajan & nurseri


16 april 2009 genapla si pontel kesayangan aku setaun.. macam yg aku niatkan nak bawa jajan ke nurseri pontel.. kira2 cam buffday party kecik2 la.. heheh.. tuk taun nie mmg aku takder niat nak buat buffday party pun sbb pontel pun kecik lagik.. taun depan insyaAllah.. dh besar sket baru bleh plan party2 nie.. masa tu pontel dh banyak akal kan.. kalo suh potong kek ke, nyanyi2 ke, tiup belon ke, posing2 ke kompem dia pandai.. lambatnya nak tgu pontel 2 taunnn..... ihiks..

skali lagi nak wish, epi besday pontelll.... moga jadi anak yg baik.. jgn nakal2 sgt tau... kalo tak mama rotan.. huhuhu.. garang btol la mama pontel nie kan.. lalalalala!!~~~~ =p

jom kita layan gambar... zassssssss!~~~




jajan

jajan

bungkus

susun

packing

siapppp!!~ papa.. cb tengok, cukup tak jajan nie tuk kwn2 pontel

teacher punya ada x?

** pontel aku setaun suda.. cepatnya masa berlalu... =)

Selasa, 20 Januari 2009

kerja vs pontel

today.. keje cam biasa.. owhh.. sungguh tak best.. tapi kalo duk umah pun tak best jugak.. adoiyaiii... hati plak asek teringat2 pada pontel.. apa mau bikin nie??

pagi td htr pontel kat nurseri cam biasala.. dia dok melalak2.. alahaii.. riso sungguh la ati aku nie.. pontel nie mmg rutin dia.. tiap kali htr nurseri kompom nangess!! cemana aku nak buat nie?? naik segan plak aku ngan bebudak kat c2.. tetiap hari bukak pintu kompom derang akan nampak pontel menjerit2..


tgk anak2 org lain steady jek.. kadang bebudak tu yg terpinga2 tgk pontel melalak2.. huhu.. pontel2... apsal la sokmo nanges.. pontel nie manja sbrnyaaa.. bistuh takkan nak ikut mama p kerja plak. aduhaiii...


** cemana nak kasi anak aku tak nanges tiap kali htr nurseri?? korang kalo ada pape cadangan sila kemukakan pada aku yek..

.::bebudak nurseri kata, kalo angin dia baik.. bila dh jmpa kawan2 dia diam.. cuma aku takmo dia nangis time aku htr dia kat pintu tu jek.. tolong2...::.

Jumaat, 9 Januari 2009

kenapa nie???!!

ehh.. knp nie?? knp ngan anak aku?? pontel jatuh ke? kena tampo ke? kena dera ke?? nauzubillah... mintak dijauhkan la sme2 tuhh..

bebudak nurseri tu cuma ckp..

'mintak maaf kak, anak akak terlanggar almari... sbb dia baru nak bljr merangkak... mintak maaf sgt2..' (erkk.. dlm bilik bebudak yg baru belajar merangkak ada almari apa wehhhh!!)

aku nak jawab apaaaaa????!! huhuhu.. 'takperla dik... bebudak...'

alahaiiiii.... ciannya anak hakuu..











** akak2 aku bila tgk gambo nie lagik kasi aku panas ati.. diowang kata anak aku kena penampo... cehh!!!!... makin gundah gulana la atiku ini.. huwaaa.... bistuh?? nak suh sape jaga pontell??? isk3..

Selasa, 18 November 2008

ciannyaaaaaa =( =(


mangsa... comei btoll...


PUTRAJAYA: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya,” luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja. Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ.

Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital.

Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.“Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan. “Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.


Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.“Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit,” katanya.Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.“Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain,” katanya.


Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.“Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

** al-fatihah utk mangsa..
** pengajaran penting utk aku.... tetiba risau plak pontel kat nurseri... moga2 pontel sihat selalu.. iskk!~ :(
Blog Widget by LinkWithin