Jumaat, 28 September 2012

Bonus 1 1/2 bulan gaji

Tahniah utk penjawat awam!!! Terima kasih untuk PM.. Hehehe.. Aku mmg tgu yang ini je, lain2 nanti la aku hapdet.. Bhahahah~

Setengah dah dapat masa raya (duitnya pun dh langsai.. Huhu) lagi 1/2 nti dpt bulan Dec dan bakinya bln Jan 13.. Itu perkara biasa, diorang mana penah bagi selepuk mcm sektor swasta.. Kalo dpt gitu memang joli katak weh! Hahahaha.. Takperlah yang penting dapat der... Terima kasih skali lagi.. Jgn lupa pilihanraya dh dekat.. Hehe ;p

#nak berita penuh gugel je kat mana2 kompom ada berita2 tu semua..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Airish Rania~


sedap namanya sesedap rasa kalo dapat kunyah pipi dia yg montel tak hengat tuh.. mama bagi makan apa dik? besau sangat pipinya.. arituh jumpa takderlah beso sgt smpi camni. hahahahaha~~~

baru berusia 3 bulan. gambar lates diMMS oleh abg aku pada 27/9/12


ini Airish Rania binti Adiadha.. anak abang aku merangkap anak sedara aku yg bernombor 1,2,3 ehh jap2 kira anak buah aku ada bape.. hahhh!! yg ke-8!! cayoklaaaaa~~ buat masa nie airish adalah anak buah yg paling digilai ramai sebab dia paling kecik+paling gebus. kalo balik kampung memang jadik tempat gomol.. kehkeh~~ 

 dh 2 ari tak jimba².. rindu pulak nak 'punch card' kat alamanda. jom abg, kita soping2...


# Bajet 2013.. gud news?? =p



Khamis, 27 September 2012

masak untuk dinner

kerja mcm biasa.. situasi kat opis nie mcm nielah, pagi2 dtg keje, punchkad, beli sapan, makan, on pc, tengok sana cni, rekod pengeluaran barang, borak2 sket, baca novel (erkk!! sempat ko baca novel ek??) hahahaha.... pastu lunch, bli makan lagik, solat zuhur, buat keje sket pastu balik!! wakakakakak.. heaven betul keje ko kan angelllll......

tiap petang kul 5 adalah waktu yang stress.. sebabnya?? sebabnya kena tunggu bas skali dengan segerombolan warga indo yang nak balik ke kawasan rumah aku jugak.. kalo takat 4,5 org takper.. ini dekat berbelas2 orang.. boleh korang bayangkan??? *nanges..... aku x kisah lagik psl tu tapi yg buat aku paaaaaling tak suka bila diorang suka berebut2 naik bas!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ apalah nasib aku duk kawasan perumahan yang penuh dengan warga indo nih... TT_TT.. tiap2 pagi dan tiap2 petang pun wajib berebut sakan.. *nak p keje naik moto.. uhuksss!! ehh, lama dh aku tak merempit ekk, sejak aku tergolek dog tuh aku mcm seriau sket nak bw moto. hahaha.. sudahnya encik suami pulak la yg kongker moto comel aku tu.. comel la sangattt... huhu

sampai umah pickup bebudak kat taska, aktiviti biasa main taman... tapi smlm mcm terlambat la plak bebudak dh ramai. aku peningla tgk bebudak kat c2, terjal ke ligat susah nak cakap. buaian tu boleh dipanjatnya smpi atas, gelungsur pun sama diorang panjat sampai puncak... aku cadangkan BPH letak satu replika gunung bagi bebudak panjat. ok x ek?? plan awal sbnrnya memang nak keluar berjimba² plus makan kat luar lepas balik keje semalam. tapi tah cemana aku terajin plak masak untuk dinner. tak kisahla tuh, rezeki kami sekeluarga kan.. lagipun memikirkan encik suami hampir ke pukul 6.30 tak sampai umah lagik memang dh taula kompem dia sampai umah lepas maghrib punya.. penat x bleh nak kata, smpi umah banyak je keje menanti, masak, angkat kain baju, mendobi, mandikan anak2, kemas umah sket2.. huwaaaa~~~ dan inilah hasilnya masakan dinner utk kami sekeluarga.. dan makanan tersebut habis langsai semuanya.. weeee... heppi!!! alhamdulillah.. rezeki =)

* kakak mcm biasalah, lepas siap² mandi sibuk tanya "arinie takder pegi mana² ke mama??" malam nie la baru kita jimba² yek kakak ^_^



Rabu, 26 September 2012

semalam hari gaji, ada org nak makan pizza hut

Fuhh tajuk, apsal pelik jek? wakakakaka... belasah ajerlah yerk.. yg penting penyampaian aku tu betul.. semalam hari gaji, pastu ada org sibuk nak makan pizza hut.. ada paham??

semalam memang hari yang ditunggu2 oleh semua pekerja gomen termasuk aku.. lepas raya masing2 sangap!! hahahaha.... siang kerja mcm biasa, masih behave.. tapi tengahari tu aku sempat terjah ke alamanda bayar bil hp yg dh kena blok sehari sebelum tuh.. gler ngko!! bil aku ni pun mcm tau2 jek dh nak hari gaji, boleh plak kena sekat.. adoiii!!

settle cucuk duit dan bayar bil, aku sempat lagik survey sandel.. aku kan berangan mau wedges 3 inci macam org ittew pakai.. sudah skodeng di vincci dan jumpa yang aku berkenan.. weee!! kembangnya ati, tapi aku tak beli pun, tengok harga pastu letak balik.. cuma sayangnya warna kuning labu yg aku nak takder.. *nanges... :( yg ada warna peach.. ahhh~ aku rasa itu pun sesuai kot..hehehehe... *senyum balik.. settle vincci singgah plak kedai buku.. skodeng novel Adam dan Hawa.. owhhh!! kulit novel yg ada abg aaron takder stok.. huwaaa!! yg ada kulit lama, sama mcm kulit novel aku yg hilang.. tapi takper... tgk jek dulu, pastu letak balik.. (sampai arini aku masih pelik mana hilangnya novel adamhawa aku yek? ada toyolkah? uwahhh.. mintak dijauhkan..) sempat singgah watson beli lipstik yg dh habis. dh smpi opis menyesal, warna tak matching.. arghhhh!!!!!!

lepas tu patah balik ke maxis, mana plak kak ana nih? dh 18x aku lalu lalang depan maxis smpi ada sorang brader tu peratikan aku jek.. hahaha.. seram plak aku dibuatnya.. phewwww~~ tunggu punya tunggu smpi jugak makcik tuh.. dia kan kena ragut ari sabtu lepas, hbeg sme lesap.. termasuk la simkad dan telefon gnote cina dia tuh.. kesiannn.. tu la kak, lenkali jgn bawa barang banyak2.. akak slalu jalan sensorang senang jek org nak buat pape.. dapatla balik 2 no hp dia yg kena curi tuh.. 1 no bayar 10 hengget, okeh.. ini igtn utk aku kalo2 simkad aku hilang.. kena bayar okeh kalo nak amik balik no ko tuh. bukan pree.. settle tu p makan kat fudkot.. lepas tu baru balik opis.. smpi opis kul 3.. wakakaka.. heaven!!

malamnya pulak konon nak surveykan hp kak ana kat mines tapi mmg tak sempat, last2 p warta bangi jek.. dhtu dia nak tepon yg harga 50hengget!! mana nak jumpa oiiii~~~~ lantakkan ajerlah, yg penting aku dh tunaikan janji.. tujuan utama pun nak beli susu untuk anak2.. lalu depan pizza kakak nak makan pizza lak.. alahaiiiii~~~ layankan ajerlah kan, kebetulan dh ari gaji.. hehe... adik sempat tumpahkan air kat baju, jatuhkan cawan, turun naik baby chair.. aduhai~ kurang kesabaran aku dibuatnya.. settle semua terus balik.. takdan la aku nak beli wedges idaman ati tuh.. uhukss!! =(


masih layak mendapat hidangan percuma =)


sup mama pun kena rembat.. pastu tak habis.. iskk!!

berjaya habiskan sepotong pizza dengan paksaan.. kalo tak paksa mmg takkan habisla..


okehhhh, masa dh time... siap2 nak balik dan bawa anak2 p main taman.. adoiyaii!!! 


gambar semalam, seronok adik yerk!

dh jadi rutin harian 2 beradik, balik dr skolah wajib singgah taman.. hukhuk

papa baru smpi, pickup kami kat taman. petang nie pickup kami lagik yer papa!



sabarlah wahai hati

aku dh lama bersabar tapi biasalah kan setiap kesabaran manusia ada batasannya..

sabar pasal apa? pasal itu fesbuk laa... banyak siaw laaaaa.... arghh!!!! aku tensen!! geram!! sakit & panas ati!! dari pagi lagik mmg mood aku tak bape nak baik, situasi diri aku pun x bape nak baik.. Ya Allah, memang dugaan betul.. aku perasan dari minggu lepas org tu dh brani tag gambar kat wall aku, memula skali, 2 kali, 3 kali, aku masih diamkan jugak. mungkin sebab dia nak kongsikan kebahagiaan dengan aku.. cehhhh!!! bahagia konon.. puihhhh!!!

tapi arinie dia mmg silap langkah, skali aku nampak dia tag, terus darah aku naik ke muka.. tu yg keluar status aku mcm org meroyan.. wakakakakka.... aku pedulik hape ko jiran atau sedara. selama nie mmg ko yg slalu porak perandakan ketenangan hidup aku. masa belum dpt muka ko memang manis mcm madu, bila dh dpt muka ko memang mcm bangkai!! benciiiiiiiiiiiii~~ langsung tak penah tanya kabar berita kami semua kan? mcm tu pun nak suruh aku berdiam diri lagik? takperlah, aku redho jek.. mungkin dulu sebab mmg aku yg bodoh, terlampau ikutkan hati yang mati.. memang bukan rezeki aku agaknya.. insyaAllah, rezeki Allah ada dimana2.. selagi kita usaha selagi tu kita akan jumpa..

dan tadi aku perasan dia balas balik apa yg aku kata.. dia kata kalau tak pandai boleh diajar, tapi bila dh tak boleh diajar itu maknanya kurang ajar.. last skali dia take noted "pesanan untuk diri sendiri" bhahahah~~ ko tak payahla nak pesan bagai mcm tu.. apsal tak terus terang ckp jek "pesanan untuk angel" kan senang??!! kahkah.. sukati ko ler kan.. yg penting ati aku dh puas dpt lepaskan apa yg terbuku selama nie.. mcm yg aku kata, selama ni aku pun tak penah mintak sedekah ngan korang, tak penah ganggu hidup korang, boleh tak korang jangan ganggu gugat hidup aku lagi??? sekian!!!

dari aku yg sakit hati~ DEMMMMM!!!!

* dunia nie bulat, kita tak selalunya di atas.. sama² renungkan dan selamat beramal.. buangkan la sifat hasad dengki dan busuk ati aku Ya Allah.. aminnn~~



Tangan aku kebas lagi


KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh, membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya, memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan. Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.
CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.

Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.
Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.

Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.

Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.

CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.
Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.

Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.

Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.

Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.

Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.


* rasanya dari minggu lepas tangan aku dh kebas².. aku perasan bila pegang hp lama sket mula la rasa kebas, skrg nie pegang mouse pun dh mula rasa kebas.. tapi bila pegang cawan, pensel atau apa² yg tiada kena mengena dengan gadjet canggih nie tangan aku okey² ajer..  pasni takyah pakai hp, takyah buat keje kat opis.. duk diam2 saja... adakah aku tergolong dalam golongan pesakit di atas.. owhhhh!! tidakkkkkkkkkkkkkkkkk~~ WAJIB jumpa doktor!! 



Selasa, 25 September 2012

KidZania @Mutiara Damansara

Sebut ajer Mutiara Damansara otomatik otak teringat IKEA.. bila teringat IKEA teringat plak nak soping.. terbayang jugak IPC (Ikano Power Centre), ada jugak Mc'D tepi jalan yang sesak tuh, ada jugak TESCO sebelah traffic light.. huwaahhhhhh!!  tempat tu memang tempat untuk membuang duit.. skrg aku nak citer psl KidZania plak. lokasinya?? adalah terletak di bersebelahan IKEA.. kalo ko nak masuk parking IKEA tu ko akan nampak 1 jejantas yang tertulis KIDZANIA.. ngehehehe... jom terjah!

KidZania’s history is rooted in an inspirational story of idealistic kids that formed a like-minded community, which led to the creation of a nation, their own government and nationalistic symbols to celebrate their unity. It also led to the development of iconic citizens considered honorary KidZanians who embody the spirit and willfulness of the community and act as representatives to their ideals in disposition, outlook and principles. nak tau lebih lajut bleh klik kat website mereka.. sebelum pape kita tgk dulu gambaran apa itu kidzania.. 

kawasan yg luas
wartawan cilik
doktor gigi pun ada ngko! harus la Dabel Q seram! hahaha...


bege spesel satoo!

nak jadik pilot mcm adam! #adamHawa

memang nampak menarik la kan, sme nampak mcm original.. aku pun terujaaaa.... dah tengok gambo, tengok plak tiket masuknya bape..

Ages: 0 – 1 Baby Free
Ages: 2 – 3 Toddler RM 35
Ages: 4 – 17 Kid (Malaysian) RM 55
Ages: 4 – 17 Kid (International) RM 75
Ages: 18 – 59 Adult (Malaysian) RM 35
Ages: 18 – 59 Adult (International) RM 50
Ages: 60+ Senior RM 30

okey, harga tiket memang boleh membuatkan aku tertelan liur.. bapak mahal!!!! rasa2 mcm kena kansel jek plan hujung minggu nie.. bhahahahaha~~~ aku laki bini jek dh RM100.. anak2 lagik.. biasanya umur sebaya sara tu masih free, ini dia charge plak RM35 hengget! amboi ngkorang... cekik darah hehh!! gaknya sebab maintanance mahal kot.. ahaksss~~ sebelum pape baik ngkorang baca dulu feedback dr mereka yang dh pernah pergi.. credit to caca marba~~ selamat mencuci mata dan menabung yer.. =)

* malam nie nak bli kasut ballet warna buah labu!! ^_^



Isnin, 24 September 2012

.::Bila::.

Bila boss tak ada kat opis
Bila tiba time tea break

Bila boss panggey

Bila dapat assignment baru dr boss

Bila ‘assignment’ yg boss bg susah giler nk buat

Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn ‘assignment’ boss

Bila berjaya ‘perform’ sikit jer

Bila kena OT untuk 2 jam

Bila kena OT untuk satu malam

Bila boss suruh kita buat OT waktu weekend

Bila boss suh attend meeting

Bila gagal, kecewa nk mati

Bila boss suh p training

Bila nak dekat2 kul 5 ptg



















last skali....

Bila esok ari gaji


salam hari isnin! pagi2 masuk keje rasa okey2 jek, dh masuk tengahari mood adalah stress sebab kena call semua JBS negeri untuk confirmation ke Mesyuarat Pengarah Negeri.. esok nak meeting baru harini ko nak hegeh2 tepon semua negeri kan?? sakit hati dan jiwa..


citer pasal weekend.. sabtu duk umah diam, tak dapat pegi housewarming rumah kak stoberi sebab encik suami balik keje lambat. sori ye kak... sabtu malam ahad pegi pasar malam bangi sebagai ganti tak dpt pegi housewarming.. huhu


ahad hari berjalan sedunia.. memula pegi pasar tani shah alam, pastu p mydin USJ pilihan ramai. malamnya pulak ke tesco kajang.. weeeeeee!! ^_^


** itu jekla aktiviti 2 hari bercuti. terima kasih abg sebab memahami... hahahaha




Jumaat, 21 September 2012

Jumaat kerja setengah hari

asal hari Jumaat jek 1/2 day.. asal 1/2 day jek tak kira ari apa yg aku nak.. boleh?? bhahahaha~~ lunch time suda... kawan² semua pelik kenapa dan mengapa aku tak mau kemana².. aisehhhhh, serba salah pulak nak memberitahu mereka plus aku bukan jenis kepochi nak canang 1 kampung yg aku adalah kerja separuh hari.. kalau bukan sebab mau balik awal takder maknanya aku nak menakung disini yerkk!! harap maklum~~

nasib baik ada alasan mau keluarkan barang itu boss baru yg agak garang macam singa tu.. pagi2 lagik aku dh kena smash, aku sket punya muka manissss dan menawan senyum kat dia boleh dia balas kat aku soalan yg menyentapkan ulu hati aku.. "ada tong sampah lebih??" puihhhh!! igt aku nih muka tong sampah ke?? muahahaha.. adoiyai cik anum oiiii~~ kalo yer pun apa salahhnya balas dulu senyuman manis aku tuh, ini dibaginya soalan maut.. duhhhh!!! terkebil² aku sesaat tengok muka garang rimau dia tuh. cuma mampu jawab, nanti sy tanyakan pada org yg jaga stor besar, mungkin diorang ada stok. masih tak puas ati dia tanya pulak stor terletak dimana.. aitttt~~ memang boleh menggegarkan ulu hati betol la cik anum nihhh!! kalo yerpun sabo² la sket.. si budak nabil tu pun bleh plak ko masuk opis lambat arinikannnnn... bila aku dh explain begitu begini nasib baik cik anum tu terima... dia pun blah begitu saja.. perghhhh! legaaaaaaaaaaaaaaa~~~

ahaaaa~~ line dh clear, aku harus cargas sekarang... kena balik naik bas wokkk!!! harap2 abg bas nie lalu la.. fuh3.. aminnnn~~~

#sebab apa aku 1/2day arinie? sok aku cter ekk.. babaiiii~~






Khamis, 20 September 2012

Dinner free @Seri Pacific KL

semalam dah janji nak tempek gambar kan, so arini aku tunaikan janji tersebut.. inilah sebabnya aku tak suka jadi kamerawoman sebabnya aku takleh nak bergedik santai mcm mereka.. bhahahahah~~

memula opkos la kena tempek gambo aku dulu... ahakss!





sambil makan sambil berposing.. diorang la, aku idok... huhu~ korang nie sme upanya memang hantu kamera, pantang nampak kamera tala kat muka otomatik ajer bertukar. baguss!! memang fotogedikgenik.. tingg!! =p

malas nak cakap banyak, layan gambar ajerlah key.. makanan memang tottally sodap! mebi sebab aku lapar tahap gaban atau memang dia sedap semulajadi. mcm yg aku ckp pada post lepas depa charge 1 kepala RM120.. WAJIB la sedap khannnn~~ kalo x sedap mendapat la ngko!!


ini kalo ada encik suami kompom dia suker.. lembu ke daging aku mmg failed untuk membezakan mereka. mahap!


2nd trip mak org pakai baju purple munge2..

meja VViP gittew..

yawwwwww~~

eni kata ini sup jerung.. aku kira bolehhlaaaaaaaa makan natang nie.. time panas2.. sejuk suda kembang tekak.. erkk!
pencuci mulut yg menjadi pojaan hatiku..
















sekian suda cerita pasal dinner... terima kasih pihak pengurusan hotel sebab masak lauk sedap².. mantop! =p


Blog Widget by LinkWithin