Jumaat, 14 Disember 2012

Jangan Bersedih Datuk Harimau


Harimau Malaya 13 Disember 2012
Image © AFP
Thai football player Teerasil Danga (R) battles for the ball with Mohamad Aidil Zafuan Bin Abd Raczak of Malaysia (L) during their 2nd leg AFF Suzuki Cup semi-final football match in Bangkok on December 13, 2012. Thailand beats Malaysia 2-0. 
   
Fadhli Shas Menerima Kad Merah Dari Referee Lee Min Yu  crdt: faridadam

KUALA LUMPUR, (D5) - Hajat untuk menyaksikan Harimau Malaya untuk mempertahankan gelaran Piala Suzuki AFF di laman sendiri 22 haribulan nanti berkecai selepas dinafikan Thailand.

Thailand menempah pertemuan dengan Singapura di pentas akhir  selepas mara dengan agregat 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua susulan kemenangan 2-0 di Stadium Supachalasai malam ini.


Lebih parah lagi, barisan negara kehilangan Fadhli Shas yang dibuang padang pada minit ke-43 hanya kerana pertelagahan kecil dengan Datsakorn Thonglao.


Sebelum itu, Fadhli Shas dan Mahalli Jasuli dilayangkan kad kuning oleh pengadil bertugas, Lee Min Hu selepas 13 minit permainan berlangsung akibat kekasaran.


Pasukan Malaysia yang berjersi biru ternyata terkejut dengan tindakan pengadil dari Korea itu dan akhirnya mimpi ngeri peminat negara bermula pada separuh masa kedua.


Pasukan kebangsaan melalui tempoh perit selama lima minit sebaik Teerasil Dangda meletakkan skuad Gajah Perang di hadapan hasil kesilapan pertahanan negara sendiri pada minit ke-60.  


Tiga minit kedua, Farizal Marlias menyelamatkan satu lagi gerakan berbahaya Teerasil namun pada minit ke-65, benteng terakhir negara itu tertewas buat kali kedua apabila tendangan Theerathon Bunmathan berjaya melepasinya.


Peluang negara untuk mencipta gerakan berbahaya sering tersekat di bahagian tengah Thailand lsehingga menyukarkan jentera serangan yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha melakukan percubaan.


Datuk K. Rajagobal kemudian memasukkan Khyril Muhymeen Zambri dan Safee Sali untuk menambah sengat di hadapan. Perbezaan yang dilakukan mereka belum cukup untuk memadai untuk menggegar gawang lain.


Pemain negara tidak mudah patah semangat dan memperolehi peluang terbaik untuk memulihkan keyakinan menerusi tandukan Norshahrul tetapi penjaga, Thamsatchanan melakukan sentuhan berharga untuk memastikan pintu golnya terus selamat.  


Safee turut memiliki peluang di dalam kotak penalti tetapi cubaannya pula tersasar sementara Thailand cuba membunuh semangat pemain negara tetapi kali ini Farizal Marlias lebih bersedia untuk menyekat beberapa lagi percubaan berbahaya pihak lawan.


Namun dengan masa yang semakin suntuk dan kaki yang semakin berat, pasukan bimbingan Rajagobal gagal untuk mengulangi sepertimana magis dua tahun lalu, tewas besar dalam perlawanan pembukaan dan menamatkan pertandingan dengan bergaya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Harimau kena kena benam 2-0 dengan Gajah Putih.. boikot Thailand!!! boikot tomyam & somtan!! booOOOOooooo~~~ eh³, hover plak ko yerk angel :p

aku kompom korang semua stress bila tgk game smlm kan? rata² status FB kenkawan aku mengoren jek bunyinya.. masing² nak maki hamun termasuk aku.. ahahahaha~~ tapi bukan salah HM la.. nie semua Thailand punya pasal!! 1-padang hancur... itu padang ke sawah? 2-refree dh kena dengan bomoh Thailand.. asik nak cari salah pemain M'sia jek.. 3-pemain Thailand main mcm haram.. asik nak menyiku, membentes kaki lawan jek.. 4-awal² lagi pemain M'sia dh kena keluar padang.. owhhh!! kasihannnnnn~~ kesian jugak Mat Yo yang manjang jadik lauk.. huhu~~

berapa ramai agaknya org opis aku yang pergi Bangkok yer? kitaorg siap dapat emel opis, diorang offer pergi Bangkok beramai² sokong HM.. tapi kena keluar modal RM500 untuk tambang Airasia pergi dan balik siap tiket bola + makan sekali dalam flite.. errrrr~ selamat aku bukan peminat fanatik bola sepak Malaysia. RM500 tu boleh beli macam².. shopping time lagi afdhal! =D

kesimpulannya, pemain HM semua best.. walaupun korang kalah, rakyat Malaysia tetap sayang korang.. keep it up!!! Harimau Malaya Selamanya!



Khamis, 13 Disember 2012

Ini Kisah Adik

Latest Dabel Q! New Year, New Hair.. =p

apa khabar agaknya adik? alhamdulillah.. adik semakin sihat.. dh kembali seperti dulu, nakal, manja, gembeng, suka gigit papa dgn kakak.. hahahaha!!

dah lebih seminggu berlalu, tapi mcm terasa² lagi situasi adik tido dekat hospital. bila tengok adik dengan kakak bergurau, bergusti, gelak ketawa sama² mama rasa hepi.. terselit jugak rasa sebak!! sebabnya tetiba terpikir masa adik takder tu papa selalu hantar report bgtau kakak takder kawan nak main.. balik sekolah minum susu, mandi, tengok tv terus tido.. mainan pun tak berusik.. statik jek selama ketiadaan adik kat rumah.. sedihnyaaaa!!! sekarang bila adik dh sihat semula, mama rasa bersyukur sgt².. syukur sebab Allah ceriakan balik kehidupan dua beradik ini.. syukur padaMu Allah... (apsal la ayat aku nie skema sgt?? penangan novel jugaklah nih!! muahahaha)

adik sakit apa sbnrnya? masuk opis semua org tanya.. anak sakit apa? kenapa lama sangat? kesian... huhuhu~~ penatnya nak kena cerita satu².. kalau ada tape rekoder dh lama aku rakam dan ulang. jimat air liur! hahaha... imbas kembali, cehh!! poyo.... hahahaha...

Sabtu, 24 November 2012, papa bawa adik dengan kakak pegi pasar malam bangi. mama tak ikut.. kenapa eh?? mama merajuk kot time tu.. masa tu mama tengah sibuk² mandi, siap mandi keluar² bilik air tengok 3 beranak dh takder.. tersentap jugak! tapi mama taknak bbm papa, merajuk la katakan.. hahahaha~~ dalam pukul 9.30pm cmtu, 3 beranak balik.. adik dengan kakak masing² dah tido.. papa cuma cakap sepatah.. "badan adik dedar".. mama diamkan ajer.. buat² sombong. merajuk tak habis lagi sebab papa tak pujuk mama.. kih³... Ahad 25 November 2012, mama bangun awal pagi.. pergi dapur ternampak barang² yang papa beli malam tu.. papa beli makanan jek, tapi tak sangka papa siap belikan mama 2 biji nenas madu. feveret mama tuh!! aduhaiii~~ sedih betul rasanya.. rupanya papa nak pujuk mama.. tapi mama jek yang manjang jual mahal. sedih! sedih sangattt!!! =( pagi tu dh kurang sket rajuk mama, bangun awal pagi pun sebab teringatkan janji papa nak bawa kita semua pergi IKEA.. mama kejut adik dengan kakak mcm biasa, mandikan, pakaikan baju, tocang rambut siap².. dah settle semua terus keluar rumah.. time tu dalam pukul 10 pagi kot.. masa tu adik memang sihat walafiat. takder tanda² langsung nak demam atau apa. dalam kereta, dekat IKEA, asikla gurau² dengan kakak.. last sekali bila mama dh habis shopping barang, tengah tunggu papa hantar barang ke kereta tetiba adik muntah atas stroller.. mama terkejut! lepas muntah terus adik lembik 100%.. mata kuyu jek.. mama dh tak sedap ati.. rasa badan adik panasla jugak.. tapi sebab dlm ekon mama ingat adik dedar jek. rasa tapak kaki, sejuk beku.. aduhaiii~~~ risau betul dibuatnya.. cepat² BBM papa, suruh papa cepat sket.. papa sampai dengan muka menggelabah. terus tanya "adik demam ke??" "adik muntah banyak ke??" "adik makan apa??" mama cuma jawab, adik minum susu je tadi.. lepas tu adik ada makan aiskrim IKEA.. lepas tu dia mcm nak tido.. mata dh nak lelap, tetiba terbatuk² terus muntah.. paling haru, haritu p shopping² mama tak bawa baju spare adik. huwaaaaa!!!! selalunya tak pernah tinggal.. yang ada cuma sehelai kain lampin. makanya dalam sejuk² tu papa selimutkan adik dengan kain lampin jer. kesiannya adikkk :((... agaknya dh lega muntah adik tertdo.. kitaorg pun duduk tepi makan caripuff IKEA.. sedapnya... kakak makan pun berulang².. agaknya sedap sgt yer kak?? tengah makan tetiba badan adik menggigil² kejang. mama gelabahhhhh!!!! cuma mama terdengar sepatah papa jawab "dia buat dahhhh.." lepas tu papa cepat² dukung adik sambil panggil² nama adik.. 2,3 minit mcm tu adik terus tertdo.. cepat² tolak stroller pegi kat kereta.. mama dh pucat, kakak dh terdiam takut, papa pun diam jer tapi mama tau papa risau!... dh masuk kereta mama pesan kat papa, jangan buka ekon.. kebetulan kat luar hujan plak.. papa kata xkan nak buka tingkap, air hujan masuk.. kalau tutup ekon berkabus plak.. okeh takper, mama diamkan ajer.. masa tu adik tido lena sangat.. mama pun takderlah pikir bukan².. tapi agaknya masa tu memang salah mama.. dh tau adik tak sihat mama ajak pulak papa ke GM klang dengan alasan nak belikan adik baju lain.. bayangkan, dari Damansara nak ke Klang semata² cari baju adik???? #nanges meraung² kalau dipikirkan balik.. patutnya bila adik dh mcm tu mama terus bawa adik balik rumah.. takpun terus ke klinik terdekat! kenapa la mama tak terpikir cmtu kan dik?? papa pulak bila mama sajes nak ke GM Klang dia ok jer... so, plan pun ON.. tapi dlm perjalanan tu mama singgah 3 buah pam minyak semata² nak cari ubat demam + cool fever utk adik.. dugaan memang dugaan.. tiga3 pam minyak takder jual ubat demam.. adoiiiiiiiiii~~ stress gilerrrrrrrr... papa kata takperlah, kita pegi je Klang sebab tgk adik mcm dh okey sket.. smpai Klang pun kedai dh nak tutup.. seb baik ada 1 kedai tak tutup lagi, sempat beli baju tido untuk adik dgn kakak.. settle beli terus balik.. dalam perjalanan balik adik buat lagi.. adik menggigil² kejang!!! time nie mama dh meraung² dlm kereta.. kakak yang tengah tido pun terjaga ikut nangis sekali.. mama sempat marah papa sebab dia taknak berhenti tepi jalan.. mama dh marah² + nangis² mcm org giler last² baru papa nak berenti.. kenapa pa?? kenapa taknak berhenti awal²?? kenapaaaaaa???!!!! bila tanya balik papa kata dia blurrr~~ dia mcm tatau nak buat apa. sebab dlm otak dia cuma pikir nak cari hospital terdekat.. ada satu masa adik kejang², mata ke atas, sambil nangis² jerit panggil nama mama!!! mama!! mama!!.. mama peluk adik, mama ckp dengan adik mama ada kat cni tapi adik mcm tak nampak mama depan mata adik. Ya Allahhh!!! adik kenapa?? memang serius mama takuttt sangat.. mama bagi papa dukung adik.. adik masih jerit² lagi panggil nama mama.. sudahnya dua beranak menangis² dalam kereta.. kakak sampai terdiam tengok mama meraung².. dalam adik menangis² tu papa terus berdesup cari hospital.. last² sampai ke Emegency Hospital Serdang, masa tu dh pukul 10 malam kalau tak silap mama. tak sempat pun nak tengok² jam.. papa turunkan mama kat emegency, papa pegi parking kereta dengan kakak.. mama keluarkan ic adik bagi pada attendance bgtau adik demam panas.. dh 2x tarik dalam kereta. barulah attendance tu macam nak menggelabah bedah.. sakit betul hati mama.. dia igt mama bawa adik pegi emengency tu suka² ajer kot.. nasib baik papa sampai cepat, sebelum sempat adik masuk dlm wad pemerhatian papa dh sampai. terus mama suruh papa tunggu sebab mama tak sanggup tengok adik kena cucuk sana sini.. :(( bila adik dh tido, papa keluar jumpa mama dgn kakak kat luar.. papa kata adik dh amik darah, dh masuk air, dah masuk ubat bontot.. tengah tido.. suhu adik 38c.. Ya Allah adik.. maafkan mama.. mama tak sangka demam adik tinggi sgt sampai mcm tu sekali.. nie semua salah mama sebab ajak papa jalan sana sini.. nurse cakap dengan papa kena tunggu doc dtg dulu, tengok keadaan adik mcm mana.. tunggu punya tunggu doc dtg, dia kata adik memang kena warded jugak sebab dh 2x tarik.. so diorang nak pantau.. ............ sebenarnya demam adik dh kebah masa hari ke 3.. tapi tetiba adik kena batuk jenis terkokol² punya.. buat xray, doc sahkan paru² adik dijangkiti kuman.. dan bermulalah episod adik+mama berkampung kat hospital serdang selama 9 hari 8 malam... berkat doa+papa siang malam adik dapat jugak discaj lepas sambutan hari lahir adik yang kedua.. alhamdulillah!! syukur sangat.. mama yg paling hepi. rasa hilang semua masalah mama selama nie.. patutnya x boleh balik lagi sebab antibiotic adik ada balance lagi 2 hari.. agaknya doctor tu pun kesian tgk muka mama yang selebet, lagipun dh nampak adik lari sana lari sini, guling sana sini, panjat sana sini terus dia bagi adik balik.. dia kata sambung ajer antibiotic dekat rumah.. syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~~~~ cepat² BBM papa bgtau adik boleh balik.. terus papa amik 1/2 day aritu.. yeyyyy!!!!! kita balik rumah jumpa kakak yer sayang.. mama rindu anak² mama... 



pukul 1.30 pagi baru dapat masuk wad.. sebelum tu duduk jek kat wad pemantauan..
hari pertama.. get well soon sayang.. =(
hari ke-2 kakak datang melawat.. tapi sebab hari Isnin, kakak tak boleh masuk jumpa adik.. =(

hari ke-3.. demam On Off.. siang sihat, malam demam..

tunggu giliran nak X-Ray.. selebetnya muka mama!  BBM gambar nie kat papa, papa kata dia sedih sangattt~~ hahaha
hari ke-4.. santai tengok tv.. adik nie dh sihat ke belom??
malam hari... sibuk ajak mama jalan² wpun tangan masuk air.. alahai adikk...
nak kawan dengan budak² besar ajer.. rindu kat kakak yer dik? :(
hari ke-5... bangun awal, masa nie barulah adik nak makan sebab demam dh hilang.. tapi batuk pulak dah...
2 Dec 2012!! hepi 2nd Birthday adik.. hari ke-7 jatuh pada hari ahad.. special cake delivery from kakak.. =) 



Get Well Soon sayang.. Mama, Papa, Kakak sayang adik..
kenangan sampai bila².. sambut besday dekat hospital.. kakak nyanyi lagu Hepi Besday utk adik kuat betul.. adik suka je jumpa kakak.. mama sedih dan sebak.. rasa nak menitik air mata.. Ya Allah~~
hari ke-8..  adik jumpa kawan.. seronok!! sebaya dengan adik. cuma kawan tu muda 2 hari dari adik.. hehehe.. 

adik yang heppi~ demam dh kebah 100% tapi jenuh betul nak tunggu antibiotic habis.. arghhhh!!!!!
hari ke-9.. breakfast time sambil baca paper..
hari ke-9 jugak.. doc baru lepas check adik.. tetiba doc kata "patient nie dh boleh balik, sambung antibiotic kat rumah".. syukurrrrrrr!!!! rasa nak melompat dibuatnya.. hahahaha~~~
last posing sebelum discaj.. selamat tinggal Wad 6D.. harap² lepas nie adik tak dtg sini lagi sebab adik nak sihat² ajer, tak mau sakit² lagi.. in sha Allah..

tamat dah kisah adik dekat hospital.. banyak kenangan, macam² ragam yang mama akan ingat sampai mati.. insyaAllah lepas nie mama cuba jaga adik sebaik yang mungkin.. mama serik nak berkampung kat hospital lama².. cukuplah sekali.. cukuplah sekali sambut hari jadi adik dekat hospital.. kan dik?? mama syg adik.. luv u.. mmuahhh!!!!

siang discaj malam tu jugak papa bawa adik makan kat luar... tq papa =)


dah tak igt gambar hari apa... papa bawa adik main² plak..
kakak nie macam² perangai yer!!! cubit montot tu kang..
adik & kakak... mama luv u!!



WooT²!! Khamis Muncul Lagi...


ehhh... pejam celik, pejam celik dh dekat seminggu x hapdet diari elektronik nie. rasa malas membuak².. hahahaha.. layan ajerlah..

esok dh jumaat, lusa Sabtu, tulat dah tentulah Ahad. time tu ada exam lagi.. yaaa!!! exam, exam, exam... bila weekdays tak igt langsung pasal exam.. tapi bila Khamis atau Jumaat dah memunculkan diri, barulah kau menggelabah bedah kan?? padan muka aku! hahaha... malam tadi konon² nak study sudahnya baru baca 2,3 muka surat mata dh terkatup.. oh abg, maafkan syg.. (alamak~ rasa semacam bila bahasakan diri aku syg.. baca novel banyak sgt la nih.. tetttt) malam nie kita study bersama² yer abang. jangan abang tido keseorangan meninggalkan syg sudahla. maunya syg tido jugak. haihh!!!

seminggu berjimba²!! bukan jimba pegi holiday, tapi jimba kat opis.. pagi² dtg punch card, buka pc, buat keje sket², lunch time p makan, p solat.. tunggu pukul 5 tajam terus punch out balik! heaven betul minggu nie. sebab apa? sebab mereka, mereka dan mereka semua takder kat opis.. outstesen ke Cherating.. oyeahhh!!! esok dh back to normal sebab kakak besar sudah masuk opis. owhh! kebosanan melanda..

malam tadi dpt sms dari Cikgu Marina.. "Anak puan terpilih ke Tadika Kemas bla..bla..bla.. pendaftaran pada 19 Disember 2012 bermula jam 9.30-1.00 tengahari".. alhamdulillah syukur! kakak dapat jugak masuk tadika walaupun dh last minit.. taun depan kakak kena pandai berdikari. dh jauh dari adik.. jangan nangis² okeh.. alamak, mama plak yang sebak.. nak menitik air mata.. 19 Disember hari Rabu.. nak cuti? baki cuti tinggal sehari.. itupun tah betul tah tidak.. HRMIS nie bukannya boleh pakai. hampehhh!! tup² aku cuti kang depa kata cuti aku dh habis. haru!! so, nak 1/2 day? manjang muka aku ajerlah yang 1/2 day kat cni. muahahaha~~ ehhh, aku pedulik hape.. igt suka² ke nak 1/2 day.. korang sme dh tua², mana ada anak kecik mcm aku, sibuk nak htr monthly checkup kat klini, sibuk nak sekolah tadika.. so, paham² jekla.. tah, tengok ajerlah nanti.. mintak permission keluar sekejap uruskan hal persekolahan anak. settle.. bagi ke tak bagi belakang kira..

lepas nie boleh soping² kasut sekolah untuk kakak.. hahahah~ mama plak yang teruja.. dalam kepala mcm² pikir.. bulan Disember bulan yang sibuk.. exam, daftar sekolah anak, holiday... arghhhhhh!!! kena marking besar² tarikh penting nie kat kalendar kuda!

taun depan sudah sekolah yer kakak.. tak bley bawa botol susu p sekolah lagi.. hehehe..




Jumaat, 7 Disember 2012

Wohoo!! It's Friday!!



seronok??? opkos laaaa~~ esok lusa cuti 2 hari.. ding ding gedingg pingg!!!

apa aktiviti weekend nie? esok ada exam, lusa tatau nak p mana. ingat nak ajak encik suami jalan² berjimba² mencari pasal tapi tataula encik suami approved ke tidak cadangan aku yang sangat bernas nie. lagi pulak lil" Sara baru sihat kan, sesilap ko duk jekla umah dendiam. yang penting esok WAJIB passed exam okeh!! pastu barulah pikir ko nak p jenjalan ke hape ke.. arghhhH!! serammmm~~

dah 2 minggu duduk spital, rasanya harus hirup udara segar. boleh x abang? hahahaha (masih mengharap).. nantilah kita plan balik nak p mana yek.. bawa Dabel Q pegi Ulu Klang tengok gajah ok kot? kih3... takpun pegi swimming pool mandi manda.. tapi 2 minggu lagi dh booked hotel utk family holiday, time tu boleh berendam puas² kot.. pegi shopping nak? sian encik suami plak, habis kena tarah dengan aku jek.. =))

lil' Sara dh bertambah sihat. alhamdulillah.. tapi rasa sedih jugak sebab fizikal dia semakin halus.. dhla kawan tu memang halusss jek. semalam encik suami tegur, dia kata adik dh ringan, tangan pun nampak tulang jek. huwaaa!! pilu betul aku dengar. nak buat cmne kan dik, bukan adik yang mintak sakit lelama, dh Allah nak bagi, redho jekla.. pasni insyaAllah mama kasi adik makan banyak².. adik boleh montel macam kakak pontel. hiks~

ohooiii~ 12 pm!! masa dh time~ aku nak balik umahhh kejap yerk.. kalo pompuan gedik tu nak tulis nama aku ke, apa ke lantak p la dia.. pompuan tu kan memang suka jaga tepi kain aku yang koyak nie.. apadahal.... puihh!!!



Rabu, 5 Disember 2012

Alhamdulillah!

Syukur, syukur, syukur pada Allah akhirnya sara dapat discaj jugak semalam lepas 10 ari berkampung kat spital. Agaknya doctor tu pun sedih tgk muka mama yg mendung je.. Kan dik??

Arinie mama dh kerja mcm biasa.. Badan bisa2!! Adik dgn kakak duduk rumah bebaik dgn maktok, abg amir & kak anis key.. Ptg nti mama balik kita p jenjalan..

Jaga diri yer anak2 mama. Mama luv u! ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Blog Widget by LinkWithin