Jumaat, 14 Disember 2012

Jangan Bersedih Datuk Harimau


Harimau Malaya 13 Disember 2012
Image © AFP
Thai football player Teerasil Danga (R) battles for the ball with Mohamad Aidil Zafuan Bin Abd Raczak of Malaysia (L) during their 2nd leg AFF Suzuki Cup semi-final football match in Bangkok on December 13, 2012. Thailand beats Malaysia 2-0. 
   
Fadhli Shas Menerima Kad Merah Dari Referee Lee Min Yu  crdt: faridadam

KUALA LUMPUR, (D5) - Hajat untuk menyaksikan Harimau Malaya untuk mempertahankan gelaran Piala Suzuki AFF di laman sendiri 22 haribulan nanti berkecai selepas dinafikan Thailand.

Thailand menempah pertemuan dengan Singapura di pentas akhir  selepas mara dengan agregat 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua susulan kemenangan 2-0 di Stadium Supachalasai malam ini.


Lebih parah lagi, barisan negara kehilangan Fadhli Shas yang dibuang padang pada minit ke-43 hanya kerana pertelagahan kecil dengan Datsakorn Thonglao.


Sebelum itu, Fadhli Shas dan Mahalli Jasuli dilayangkan kad kuning oleh pengadil bertugas, Lee Min Hu selepas 13 minit permainan berlangsung akibat kekasaran.


Pasukan Malaysia yang berjersi biru ternyata terkejut dengan tindakan pengadil dari Korea itu dan akhirnya mimpi ngeri peminat negara bermula pada separuh masa kedua.


Pasukan kebangsaan melalui tempoh perit selama lima minit sebaik Teerasil Dangda meletakkan skuad Gajah Perang di hadapan hasil kesilapan pertahanan negara sendiri pada minit ke-60.  


Tiga minit kedua, Farizal Marlias menyelamatkan satu lagi gerakan berbahaya Teerasil namun pada minit ke-65, benteng terakhir negara itu tertewas buat kali kedua apabila tendangan Theerathon Bunmathan berjaya melepasinya.


Peluang negara untuk mencipta gerakan berbahaya sering tersekat di bahagian tengah Thailand lsehingga menyukarkan jentera serangan yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha melakukan percubaan.


Datuk K. Rajagobal kemudian memasukkan Khyril Muhymeen Zambri dan Safee Sali untuk menambah sengat di hadapan. Perbezaan yang dilakukan mereka belum cukup untuk memadai untuk menggegar gawang lain.


Pemain negara tidak mudah patah semangat dan memperolehi peluang terbaik untuk memulihkan keyakinan menerusi tandukan Norshahrul tetapi penjaga, Thamsatchanan melakukan sentuhan berharga untuk memastikan pintu golnya terus selamat.  


Safee turut memiliki peluang di dalam kotak penalti tetapi cubaannya pula tersasar sementara Thailand cuba membunuh semangat pemain negara tetapi kali ini Farizal Marlias lebih bersedia untuk menyekat beberapa lagi percubaan berbahaya pihak lawan.


Namun dengan masa yang semakin suntuk dan kaki yang semakin berat, pasukan bimbingan Rajagobal gagal untuk mengulangi sepertimana magis dua tahun lalu, tewas besar dalam perlawanan pembukaan dan menamatkan pertandingan dengan bergaya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Harimau kena kena benam 2-0 dengan Gajah Putih.. boikot Thailand!!! boikot tomyam & somtan!! booOOOOooooo~~~ eh³, hover plak ko yerk angel :p

aku kompom korang semua stress bila tgk game smlm kan? rata² status FB kenkawan aku mengoren jek bunyinya.. masing² nak maki hamun termasuk aku.. ahahahaha~~ tapi bukan salah HM la.. nie semua Thailand punya pasal!! 1-padang hancur... itu padang ke sawah? 2-refree dh kena dengan bomoh Thailand.. asik nak cari salah pemain M'sia jek.. 3-pemain Thailand main mcm haram.. asik nak menyiku, membentes kaki lawan jek.. 4-awal² lagi pemain M'sia dh kena keluar padang.. owhhh!! kasihannnnnn~~ kesian jugak Mat Yo yang manjang jadik lauk.. huhu~~

berapa ramai agaknya org opis aku yang pergi Bangkok yer? kitaorg siap dapat emel opis, diorang offer pergi Bangkok beramai² sokong HM.. tapi kena keluar modal RM500 untuk tambang Airasia pergi dan balik siap tiket bola + makan sekali dalam flite.. errrrr~ selamat aku bukan peminat fanatik bola sepak Malaysia. RM500 tu boleh beli macam².. shopping time lagi afdhal! =D

kesimpulannya, pemain HM semua best.. walaupun korang kalah, rakyat Malaysia tetap sayang korang.. keep it up!!! Harimau Malaya Selamanya!



0 kepochi:

Blog Widget by LinkWithin