Jumaat, 19 Oktober 2012

Potluck N Friday

heppi rite? bila Jumaat jek kena heppi lebih sket. bukan aku jer, korang pun sama kan? elehhh.. x payah nak poyo ler cakap tak..

arinie ada potluck kat opis, potluck adalah ditaja oleh pegawai² kontrak di bahagian kami. alhamdulillah rezeki. terima kasih untuk adik² kontrak yer. moga rezeki korang bertambah lepas nie. macam² menu ada, main menu opkos nasi lemak ayam.. ada jugak kuih seri muka (peberet aku), karipap² cinta kata dak utara yang slalu cari gadoh ngan aku iaitu pendi.. (bila nak makan nasi minyak hang nie pendi?) slalu dah akak nampak hang berbelanja barang dapor, deting berdua²an.. ngehehehe~~

dah 2 ketul masuk perut aku.. nikmat betul kuih seri muka tu.. lagi 2 ketul simpan utk makan² petang nti.. haha

tengahari nie takder plan nak p mana. rasa mcm nak duk terperap tido kat opis selama 2 jam. ada jugak rasa nak ikut opismate pegi pasar tani kat P2. cuma tang tu yang aku tak tahan tengahari buta nie cuaca adalah panas berdentum. sakit kepala okeh. dan lagik disebabkan uang besar belum masuk tu yg tak berapa syok nak jalan² cuci mata.. dahtu cenggana nih?? nantilah aku pikir balik.

sok SABTU yang ditunggu².. hip² horeyyy!! kami nak balik kampung halaman.. balik kg.. ooo balik kg... malam nie dah boleh packing² baju dengan jayanya. tatau kenapa semangat sgt aku nak balik kali nie, opkos la sebab nak p tengok rumah baru kann.. yeyyy!!!






Khamis, 18 Oktober 2012

Syukur!!

inilah surat tawaran yang aku gembar gemburkan semalam.. tak kisahla rumah harga kos rendah ajerpun. sok² kalo aku jumpa duit tepi jalan aku beli la umah kos tinggi sikit kennnn?? insyaAllah.. mana lagi nak cekau rumah harga RM25,000.00 zaman millenium ni oi???!!!

alamat terpaksa dipangkah takut ramai org hantar surat nak berkenalan. huhu


dah siap call Pejabat SUK Johor tu dan diorang kata tak perlu susah payah ke Nusajaya jumpa diorang. Bila aku dh dapat Sijil Layak Memiliki Rumah tu maknanya memang otomatik aku dah dapat rumah tu.. hohh??! alhamdulillah.. kakak tu okey jek layan aku walaupun aku tak berapa nak paham bila dia citer pasal loan bank, loan kerajaan, persen, bape kaki persegi.. wakakakaka.... dia tanya dah pegi tengok rumah ke? aku jawab belum.. lepas tu dia kata lagik, baik awak pegi tengok dulu, rumah cmne, lokasi kat mana, ok ke tak ok, lepas tu terus berurusan ajer dengan Pemaju Perumahan untuk urusan loan & jual beli (sekiranya aku memang 101% setuju nakkan rumah itew).. mengikut rekod, aku mohon rumah tu tahun 2005.. perghhh!! gila ngko~ zaman aku muda mudi, zaman baru² masuk keje. hahahaha... baru dapat tawaran sekarang kiranya memang rezeki untuk anak².. terima kasih pada Kerajaan Negeri Johor sebab bagi aku peluang.. i'm proud to be Johoreans.. Rawkk!!! syukur! =)


* Isnin nie cuti, nak tengok rumah dan jumpa pemaju. yeyyy!!


Rabu, 17 Oktober 2012

Hujan Turun Lagi


hujan sedang turun dengan lebatnya.. alhamdulillah, moga² rezeki untuk kita semua mencurah² sama seperti air hujan yang turun.. insyaAllah...


gambar semalam 16102012. lebat ya amat diiringi guruh berdentam dentum.



* berita gembira, mak call tengahari tadi bgtau aku dapat surat tawaran pembelian rumah murah. syukur alhamdulillah.. moga² ada rezeki untuk kami sekeluarga kali nie. amin..








Rabu Kedu



kali nie betul² terkedu sebab pepagi buka blog ternampak posting nie khas untuk aku.. hahahaha.... aku still tak bley nak kepoh² kat blog ko beb.. celah mana nak tinggalkan komennya?? cer tgk gambo tu.. achanerrr???


*beb, ko ok lagi la dari aku.. aku nie dah kategori mcm papan lapis pun ada.. huwaaaa~~



Selasa, 16 Oktober 2012

Laparnya!

Hajat nak makan laksa penang pasar malam Putrajaya langsung tak tercapai sebab hujan turun mencurah2 dari kul 5 petang.. Sudahnya malam nie aku kelaparan ya amattt sangat.. Semalam aku makan soto ayam jam 3 pagi. Ngko mampu??? Sekarang jam 11 malam aku igt nak masak megi kari ditaburi lada potong. Perghhh!!! Meleleh air liur oii!!

* hari2 aku makan lewat malam tanpa rasa bersalah dengan harapan dapatla aku gemuk mcm org lain. Wakakaka~ mcm tak betul je niat aku ni kan. Dah, jom masak megi!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Blog Widget by LinkWithin