Memaparkan catatan dengan label Pasar Tani Putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasar Tani Putrajaya. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Oktober 2012

Potluck N Friday

heppi rite? bila Jumaat jek kena heppi lebih sket. bukan aku jer, korang pun sama kan? elehhh.. x payah nak poyo ler cakap tak..

arinie ada potluck kat opis, potluck adalah ditaja oleh pegawai² kontrak di bahagian kami. alhamdulillah rezeki. terima kasih untuk adik² kontrak yer. moga rezeki korang bertambah lepas nie. macam² menu ada, main menu opkos nasi lemak ayam.. ada jugak kuih seri muka (peberet aku), karipap² cinta kata dak utara yang slalu cari gadoh ngan aku iaitu pendi.. (bila nak makan nasi minyak hang nie pendi?) slalu dah akak nampak hang berbelanja barang dapor, deting berdua²an.. ngehehehe~~

dah 2 ketul masuk perut aku.. nikmat betul kuih seri muka tu.. lagi 2 ketul simpan utk makan² petang nti.. haha

tengahari nie takder plan nak p mana. rasa mcm nak duk terperap tido kat opis selama 2 jam. ada jugak rasa nak ikut opismate pegi pasar tani kat P2. cuma tang tu yang aku tak tahan tengahari buta nie cuaca adalah panas berdentum. sakit kepala okeh. dan lagik disebabkan uang besar belum masuk tu yg tak berapa syok nak jalan² cuci mata.. dahtu cenggana nih?? nantilah aku pikir balik.

sok SABTU yang ditunggu².. hip² horeyyy!! kami nak balik kampung halaman.. balik kg.. ooo balik kg... malam nie dah boleh packing² baju dengan jayanya. tatau kenapa semangat sgt aku nak balik kali nie, opkos la sebab nak p tengok rumah baru kann.. yeyyy!!!






Selasa, 16 Oktober 2012

Aku Lapar Laksa Penang!


padan muka aku.. memang padan muka. time lunch tadi taknak keluar makan, konon bajet dah kenyang, perut boleh tahan sampai pukul 6 petang nanti, la nihhh rasakennnnnnn!!!

sekarang mengada² pulak nak makan laksa penang. mana ko nak cari jenabbb???!! eh, tapi arinie Selasa kan, ada jek pasar malam Putrajaya, pasar malam Bangi kennn... hehehe~ tapinya.... encik suami balik keroje jam berapa?? tah² time tu aku dh siap masak laksa sendiri kat rumah! wahahahah.. nampak benau nipunya. pernah jugak teringin (pernah katanya) nak try test masak laksa sendiri kat rumah. taaaaapiii aku paling tak tahan time nak merebus ikan tuh. aku kan bukan penggemar ikan.. hehehehe.. so, aku dh boleh membayangkan bau²an yang semerbak senang citer ke'hanyir'an. mau muntah hijau aku kat situ. hahahaha.... dasat betol penangan hanyir ikan nie ek? tapi betulla, aku kalo beli ikan memang suh org tu siang n kerat sesiap². kalo idak encik suami la yang jadik mangsa aku. dia lagik expert dari aku bab siang menyiang ni okeh! =p

aku kan memang suka makan laksa penang.. jeng³!! terkenang ke zaman silam?? tidak lerrr.. aku memang sejak dulu suka sangat makan laksa penang berbanding laksa Johor. (walaupun aku org BP) tataula kenapa tekak aku macam tak bulih nak terima sgt laksa Johor tu, mebi sebab dia takder kuah².. aku kan suka makan makanan yang banjir² (berkuah.. paling suka sup) kalo x caya tanya x-boipren aku, sampai sekarang dia masih ingat apa makanan kegemaran aku. wakakakak~~ matikla kalo encik suami baca blog aku nie. ampunkan ai abg, ai gurau² jek. u tetap yang teratas.. aumm!!

sekarang air liur aku rasa nak menitik plak bila tengok gambo nieh.. adoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

giler ko, saja menyeksa air liur aku..  kadang ada org letak nenas kan, aku buang jek nenas tu. paling penting cili potong mau pedas bedesing.. mabeleesss!!!!



*tolong balik cepat sket abg, isteri abg terkinja² nak beli laksa penang!! 




Jumaat, 12 Oktober 2012

HUJAN



4.10 petang~ waktu nie hujan sedang turun dengan lebatnya. alhamdulillah, 2,3 hari nie tiap petang mesti ujan. tido malam sejuk jek rasaaaa =)

mood arini totally okey, pagi ada potluck kat opis. alhamdulillah, rezeki lagik.. pagi nie puan jiran dtg opis aku sebab nak ukur badan puan ida.. puan ida berminat nak beli Premium Beutiful. kalo betul dia jadi beli alhamdulillah, rezeki aku anak beranak la.. kalo tak jadi takder rezeki la namanya tuh.. aku dengan puan jiran kan mcm ada krisis sket, so bila aku sms dia nak minta tolong ukurkan badan dia rasa mcm selenge sket.. tapi aku pedulik hape, bukan salah aku.. main terjah ajerlah. pagi tadi sblm dia dtg pun aku tanya, datang sorang atau ada bawa sesapa. muahahaha~~ mesti dia terkejut badak aku tanya cmtu. dia tanya kenapa? aku ckp sebab kat opis nie takder port baik nak jalankan sesi ukur mengukur, kalo ramai2 yg datang takut kantoi plak. hahahha... saiko betul aku nih!  aku bukan pe, kalo dia datang skali dengan encik jiran tu yg aku lemah. encik jiran tuuuuuuu, dia tu pantang jumpa lubang! paham2 jekla, aku malas nak citer psl biz nie. menyakitkan ati jek..  janji suruh dtg semalam tapi sebab dia ada hal dia dtg arini plak. okeh, takder hal. jumpa ida, bincang sket² deal~ puan jiran kata ida nampak excited betul nak pakai.. ehem², aku mcm dh terbau² jek strategi puan jiran tu.. ahahahah~ sukati ko la nak buat cmne pun.. yg penting tugas aku dh selesai. org nak membeli, aku membantu ajerlah apa yang patut.. =)

tengahari tadi sempat lagi pegi bakar kulit kat pasar tani. perghhh!! menyengattttttt~~ dari pagi sampai petang nie jimba² ajelah kat pejabat. seronok ko kan angeL.. hehe...

semalam pun biasa² jek. hujan petang, tak payah bawa anak² ke taman permainan. ngehhhhh~~~ :D malam pun duk umah jek dendiam. PVR dh berfungsiii!! yeyeahhhhh~~ sambil tengok bola ATM vs LION XII, encik suami merekod Dendam Sarakit.. wahh seronok.. pasni takyah risau pasal tertinggal cerita yang kita suka nak tengok.. oyeahhh!!!


pasni dah boleh main rekod² bebbb... ngehehehe


malam nie ingat nak p pasar malam, jalan² cuci mata. nak beli benda² makan, ada duit lebih nak beli tudung, nak beli baju, ehhh banyak plak ko nak bli hek?! terasa lambat pulak gaji bulan nie.. cepatla 22hb oiii!! =p


*weekend nie kena duduk umah ajerlah nampaknya.. sob²!!




Blog Widget by LinkWithin