Selasa, 16 Oktober 2012

Aku Lapar Laksa Penang!


padan muka aku.. memang padan muka. time lunch tadi taknak keluar makan, konon bajet dah kenyang, perut boleh tahan sampai pukul 6 petang nanti, la nihhh rasakennnnnnn!!!

sekarang mengada² pulak nak makan laksa penang. mana ko nak cari jenabbb???!! eh, tapi arinie Selasa kan, ada jek pasar malam Putrajaya, pasar malam Bangi kennn... hehehe~ tapinya.... encik suami balik keroje jam berapa?? tah² time tu aku dh siap masak laksa sendiri kat rumah! wahahahah.. nampak benau nipunya. pernah jugak teringin (pernah katanya) nak try test masak laksa sendiri kat rumah. taaaaapiii aku paling tak tahan time nak merebus ikan tuh. aku kan bukan penggemar ikan.. hehehehe.. so, aku dh boleh membayangkan bau²an yang semerbak senang citer ke'hanyir'an. mau muntah hijau aku kat situ. hahahaha.... dasat betol penangan hanyir ikan nie ek? tapi betulla, aku kalo beli ikan memang suh org tu siang n kerat sesiap². kalo idak encik suami la yang jadik mangsa aku. dia lagik expert dari aku bab siang menyiang ni okeh! =p

aku kan memang suka makan laksa penang.. jeng³!! terkenang ke zaman silam?? tidak lerrr.. aku memang sejak dulu suka sangat makan laksa penang berbanding laksa Johor. (walaupun aku org BP) tataula kenapa tekak aku macam tak bulih nak terima sgt laksa Johor tu, mebi sebab dia takder kuah².. aku kan suka makan makanan yang banjir² (berkuah.. paling suka sup) kalo x caya tanya x-boipren aku, sampai sekarang dia masih ingat apa makanan kegemaran aku. wakakakak~~ matikla kalo encik suami baca blog aku nie. ampunkan ai abg, ai gurau² jek. u tetap yang teratas.. aumm!!

sekarang air liur aku rasa nak menitik plak bila tengok gambo nieh.. adoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

giler ko, saja menyeksa air liur aku..  kadang ada org letak nenas kan, aku buang jek nenas tu. paling penting cili potong mau pedas bedesing.. mabeleesss!!!!



*tolong balik cepat sket abg, isteri abg terkinja² nak beli laksa penang!! 




Macam Bosan Pulak Harinie

boleh ek letak tajuk camtu? bhahaha~ bosan lerrr.. tetiba jek kena sound ngan member opis. sebabnya?? pasal tissue tape jek. aku dh kata barang xder dalam stor unit, kena tanya stor besar. bleh plak dia mengucap sambil kata, request jekla siap² dengan stor besar. pastu simpan dalam stor unit. perghhhh!!!!! sabo ajerlah, aku nie punnnnn takkan sebab tu nak sentap plak. ngehehehe~~ aku bukan taknak request tapi kang bila dh request banyak² pastu barang dlm stor unit aku tu melambak takder rekod pengeluaran dari korang kan dah menyusahkan aku nanti. haihh!!

 1, 2 ari nie aku asik la ngadap pbebank.com..gler jenuh la nak tunggu duit muncul. adoiyaiii!! cepatla 22hb oi... rasanya bulan nie gaji terlammmmpau lambat. ehhh!! ye ke, rasa lagik cepat kot kan? mana taknya, asal weekend jek ko jalan tak hengat donia sambil membeli dan belah. sampai rumah baru tau nak tercungap. selak² wallet (selak wa cakap sama lu) duit tinggal bape kupang jek. *nangis.. tapi setakat nie takderla plak kitaorg p keje sambil bawak duit 5 hengget jek. mesti lebih dari 5 hengget okeh. wakakakaka.. seb baik aku p keje turun naik bas nadi putra 50sen jek. encik suami naik moto, tuang minyak 5 hengget utk 3 hari.. settled! malam nie takder nak p memana ke papa? =D

teringin sangat nak tengok cerita nie..

bergetar jiwa tengok abg Adi posing cenggini. muahahaha~~

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan Johan (Adi Putra) menikahi Arlisa (Nora Danish) dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Johan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan termasuk melupai siapa Arlisa di hatinya. Bagaimanapun, Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik kepada Arlisa.

walaupun dlm hati dah pasang niat nak beli dengan pakcik cd yang baik hati (pssttt, baca selow²) tapi aku macam biasalah kennn... memang jenis tak sabar punya worang. huhu~ wiken nie kalo p jumpa pakcik cd agak² citer nie dh kuar ke belom hek?! alohhh~ rasa lambat benau la plak.. kang aku terjah masuk panggung dengan anak dara 2 org mcm tak sesuai plak sebab aku rasa citer nie paling sesuai untuk mereka² yang bakal menuju ke gerbang perkahwinan atau mereka² yang tiada beg tangan macam aku.. (sian anak aku digelar sebagai 'beg tangan') hikss!!



*mata aku sangat mengantuk gara² tersedar jam 2.00 pagi. pastu tido semula jam 5.00 pagi dan seterusnya bangun jam 6.15 pagi bersiap² p keroja. arghhhhhhhhhhhhhhhh, lebam!!! @_@



Isnin, 15 Oktober 2012

Apa Cerita?~


takder apa².. blues monday.. arinie merah lagik gara² hujan rahmat.. alhamdulillah.. tak baik salahkan hujan padahal aku yang hegeh² keluar dari umah. ehh, aku ke?? rasa aku dh bersiap sepantas yang boleh. bangun pukul 6 pagi, siap goreng nasi + nugget.. kemas beg baju anak², basuh pinggan mangkuk.. tengok jam masih kul 6.50.. mandi... siap mandi kakak pulak bangun nak mandi. owhhh~~ kat cni la yg membuatkan aku lambat. anak dara sorang nie setiap pagi kena layan dia bak puteri. tak boleh marah², tak boleh kejut kuat² sebab dia cepat SENTAP!! bila dia sentap aku dabel sentap la jadiknya.. bila dia sentap semua kerja jadi lambat becoz why, dia suka membatukan diri dia... kita panggil pun dia buat derk jek.. aduhai anak, sabar ajelah~~

gitu gini kul 7.30 jugak baru keluar rumah. hujan turun renyai².. selamat hantar anak² ke sekolah dengan moto ujan plak turun dengan kasarnya.. patah balik tukar kereta plak. time nie dh kul 7.55. arghhhhhhhhhhhhhh!!!! nak salahkan siapa?? ahhhh~ tak payah pening², tulis jek reason nape dtg lambat pastu minta boss sign. settled masalah!

SABTU seperti biasa, sehari suntuk bertiga²an melayan 2 anak dara yang bermacam kerenah. cuaca plak sejuk² kuku membuatkan perasaan malas makin bertambah.. buat sarapan jemput² cheese, anak² plak aku masakkan nasi dengan sup sosej+suhun+tauhu kering.. settle keje..

baru lepas mandi. wangiiiii~~

hari cuti masing² pandai bangun awal. nak suruh mandi pun senang. bijak anak² sekarang

hari cuti buat homework

buah pear warna coklat. ok lah tu dik..

saya kakak, dia adik saya

siku kakak tu kalo kena muka mama memang pening 5 minit! pheww~~

Qaisara yang dh pandai ajuk mama cakap. haishh!!

saya sayang adik saya.. mmuahhh!!

malam tu sempat jugak jejak pasar malam bangi. takder cari papepun, jalan² cuci mata yang dh berhabuk sebab siang terperap kat rumah je. hahahaha.. kejam!!

AHAD ikut encik suami ke Jalan Pasar. nak cari apa? ROBOT GUNDAM dia la tuh.. skrg dia dh ada supplier plak. bila ada barang cepat² apek tu call. wah, memang canggih. main calling² ajer skrg kan. ada skali encik suami cerita, dia sms apek tu kata tak sempat dtg. esoknya dia dtg apek tu kata 'saya tak pandai tulis² la..(taip message).. awak call ajerlah senang' time tu aku membayangkan apek tu tua sangat. terbongkok² duduk kat kaki lima jual robot gundam. sekali semalam bila jumpa mcm tak percaya pun ada. apek sket punya semart, meniaga pakai cap, sport shoes, seluar pendek tak geti SMS?? hahahaha~~ memang jadik bahan jek dalam kete sepanjang nak ke KWC (Kenanga Wholesale City).. sian apek tu =p

cerita psl KWC pulak, dh alang² ada kat KL kan singgah plak ke KWC.. pada pendapat aku, GM Klang lagi terbaek. macam² hado..... dari baju sampai ke mainan, dari mainan kecik sampai sebeso² mainan pun hado ngko~~ rasa mcm taknak balik pun yer. (tipuuuu.. =p) tapi KWC dari tingkat 1-10 baaaaaaaaaajuuuu ajer yang penuh. kalau ada pun terselit la kedai bag 2,3 floor. ahhhh~ tak menarik! makanya lepas nie kita takyah gi KWC lagik. kita p GM Klang tetiap minggu pun aku suke! =p 

kul 2.30 dah sampai rumah sebabbbbb kakak coway nak datang servis alat! arghhh!!! stress mak... hari minggu yang indah nie plak dia nak dtg rumahhhhh~~ makanya..... semalam tak dapatla jimba² sampai lebam!!! eh, tapinya (banyak plak ko punya 'NYA!') malam tu dapat ke alamanda dengan alasan nak beli susu anak². sekian cerita hari minggu saya..


*jom siap² nak balik!! aku ada sms encik suami mintak dia jemput arini tapi rasanya mcm harapan tinggal harapan ajerlah.. 

#kemas meja sambil nyanyi lagu sedih.. sobbbbss!! =(



Jumaat, 12 Oktober 2012

HUJAN



4.10 petang~ waktu nie hujan sedang turun dengan lebatnya. alhamdulillah, 2,3 hari nie tiap petang mesti ujan. tido malam sejuk jek rasaaaa =)

mood arini totally okey, pagi ada potluck kat opis. alhamdulillah, rezeki lagik.. pagi nie puan jiran dtg opis aku sebab nak ukur badan puan ida.. puan ida berminat nak beli Premium Beutiful. kalo betul dia jadi beli alhamdulillah, rezeki aku anak beranak la.. kalo tak jadi takder rezeki la namanya tuh.. aku dengan puan jiran kan mcm ada krisis sket, so bila aku sms dia nak minta tolong ukurkan badan dia rasa mcm selenge sket.. tapi aku pedulik hape, bukan salah aku.. main terjah ajerlah. pagi tadi sblm dia dtg pun aku tanya, datang sorang atau ada bawa sesapa. muahahaha~~ mesti dia terkejut badak aku tanya cmtu. dia tanya kenapa? aku ckp sebab kat opis nie takder port baik nak jalankan sesi ukur mengukur, kalo ramai2 yg datang takut kantoi plak. hahahha... saiko betul aku nih!  aku bukan pe, kalo dia datang skali dengan encik jiran tu yg aku lemah. encik jiran tuuuuuuu, dia tu pantang jumpa lubang! paham2 jekla, aku malas nak citer psl biz nie. menyakitkan ati jek..  janji suruh dtg semalam tapi sebab dia ada hal dia dtg arini plak. okeh, takder hal. jumpa ida, bincang sket² deal~ puan jiran kata ida nampak excited betul nak pakai.. ehem², aku mcm dh terbau² jek strategi puan jiran tu.. ahahahah~ sukati ko la nak buat cmne pun.. yg penting tugas aku dh selesai. org nak membeli, aku membantu ajerlah apa yang patut.. =)

tengahari tadi sempat lagi pegi bakar kulit kat pasar tani. perghhh!! menyengattttttt~~ dari pagi sampai petang nie jimba² ajelah kat pejabat. seronok ko kan angeL.. hehe...

semalam pun biasa² jek. hujan petang, tak payah bawa anak² ke taman permainan. ngehhhhh~~~ :D malam pun duk umah jek dendiam. PVR dh berfungsiii!! yeyeahhhhh~~ sambil tengok bola ATM vs LION XII, encik suami merekod Dendam Sarakit.. wahh seronok.. pasni takyah risau pasal tertinggal cerita yang kita suka nak tengok.. oyeahhh!!!


pasni dah boleh main rekod² bebbb... ngehehehe


malam nie ingat nak p pasar malam, jalan² cuci mata. nak beli benda² makan, ada duit lebih nak beli tudung, nak beli baju, ehhh banyak plak ko nak bli hek?! terasa lambat pulak gaji bulan nie.. cepatla 22hb oiii!! =p


*weekend nie kena duduk umah ajerlah nampaknya.. sob²!!




Khamis, 11 Oktober 2012

Semalam dan Hari Ini


Semalam MC sehari.. MC dan aku tak dapat dipisahkan? yeahh!! bukan suka² nak MC, aku bangun tdo pagi tu tetiba boleh plak gelap mata, celik mata rasa semua benda berpusing termasuk kipas (lawak la konon kan??) aku decide nak MC je.. mmg sungguh tak larat!

 pagi² siapkan anak² dan hantar ke taska aku terus ke klinik P14.. 7.50 klinik x buka lagi. choiii~~ bukak kul 8 upanya. tunggu kat tepi tembok, 8.05 datang balik dh ramai yg menunggu. aku dapat no 4. aikk??!! pantas bak lipas la depa nih.. 1004 tinggG!! aku masuk jumpa doc. awak sakit apa? saya tak demam tapi bangun pagi nie kepala rasa pening, semua benda rasa pusing. sakit perut, ada muntah skali masa gosok gigi. awak pregnant? IMPOSSIBLE sebab bendera jepun... ada salah makan ke semalam? malam tadi makan charketiaw kat bazar jalan reko. yess!! salah satu sebab.. mungkin fud poisin.. p makan dengan sape? kat cni aku dh kompius, apsal nak tanya p makan ngan sape? errrr... apa doc? p makan dengan suami ke? suami ada sakit2 perut tak? owhhh~ baru lega, igtkan kenapa. (wakakakaka, tetiba ko rasa menggelupur apehal??) suami tak makan, dia makan steamboat jek. ok, doc bagi ubat sakit perut, ubat tahan muntah, vitamin. doc, sy nak mintak MC boleh? sy pegi keje naik bas, takut gelap mata.. awak p keje naik bas takperlah, kan ada driver takyah nak risau. lainlah kalau awak drive sendiri. PERGHHHHHH!!! dialog nie la yg membuatkan encik suami aku hanget sebadan bila aku BBM dia. wakakakakkaa!! dia kata doc bangang!! org tak sihat dia tak bagi MC, kalau jatuh ke pengsan ke masa tunggu bas sape nak jawab? ahaksss~~

balik rumah dengan hampa, sempat goreng nasik.. makan, makan ubat.. golek sana golek sini mata tak mau lelap. kepala masih denyut².. lastly tertdo gak tah kul bape. sayup² dengar bunyi BBM, msg, call.. ahhh~ pedulikan, malas nak jawab.. huehuehue.... kul 4.30 encik suami sampai.. balik awal sebab ada janji dengan ASTRO nak psg PVR.. phewww~~~ diorang dtg dekat kul 5. ketung ketang sana adalah dlm 1/2 jam.. hujan lebat, pick up anak² kat taska terus ke klinik. yerrrrr, aku ke klinik untuk kali ke 2 sebab nak surat Cuti Sakit.. senang jek p kenek bayo nie, cakap tak sihat, sakit perut, kepala pening settle. dapat Cuti Sakit sehari pegi kaunter bayar~~ hurmmmmm!! malas nak cakap banyak~

otw to alamanda. gelap giler! time nie baru kul 6.15

hujan² tu singgah pulak ke carefour cari lauk dan isi perut.. hehehe~~ sempat jugak rembat wallet nak ganti wallet aku yg dh nazak tuh. uhuksss~~ dekat kul 9 gak baru smpi umah..

kat parkson, papa sibuk belek robot. kakak pun jadi robot. bertukar!


sampai² umah tgk astro tak ok lagik. huwaaaaaaa!! 2x okeh encik suami call bgtau tak dpt siaran sejak petang, memula diorang kata 1 jam, pastu call lagik kata 24 jam plak. pale otak dia laaaaa!! nie yg aku marah.. cakap macam keling. time mintak utang ko cepat jek kan, time buat benda² gini memang SAH ko lembappp!! sudahnya semalam petang sampai malam 1 ari tak tengok tv, sian anak² duk melanguk jek... pagi tadi bangun pun siaran tak ok lagik.. ptg nie tah apa citer la gaknya.. haishhh!!

pasang natang nie la semalam. harap² harinie dh ada siaran. kalo x mmg aku bako ASTRO tuh! (macam berani jek..)


arinie aku keje cam biasa.. takder apa² yg menarik pun.. owhh, tapi sentap ati dengan Mohd Fendi sebab suka sukatik dia jek main lukis² buah pelam aku.. hampeh ko budakkk!!!! aku marah 3 hari 3 malam. nasib ko la kannn~~

tengok apa jadik kat buah pelam aku. hanget sebadan!!

seb baik dapat coklat nie sebagai ubat redakan kemarahan.. mekasih eni.. hehe
 

dah habis citer, jom balik!!










Blog Widget by LinkWithin