Jumaat, 28 Disember 2012

Rezeki itu Datangnya Dari Allah

ini cerita 2 hari lepas...........

alhamdulillah.... tanpa disangka² dapat berita gembira dari encik suami.. tetiba dia BBM aku tanya soalan mcm nie, "nak belikan adik hadiah apa yer ma??" time tu aku kat opis, tengah buat kerja.. tetiba dia tanya soalan begitu pulak. eh, sudahhh~~ biar betul encik suami aku nie.. kan ke harijadi adik dh lepas awal bulan lalu?? aku pun balas.. "papa nak belikan apa?" hahaha~~ nie lagi satu hal, soalan dijawab dengan soalan jugak. failed!! lepas tu dia tanya lagik "mama ada nak pegi mana² tak arinie?" dalam hati terdetik, apsesal lain mcm pulak laki aku arinie.. mood ada baik.. dapat bonuskah? hahahah!! memang itu jek yg berlegar² dalam kepala otak aku.. terus aku jawab "nak pegi JJ, nak pegi kedai buku, nak beli novel".. dan encik suami pun bersetuju dengan hobi bininya yang satu nie.. mihmihmih.... :D

bulan penuh.. cantik sangat!

adik dan kakak

nak buat apa la adik tu..

dan hari itu 26 Disember 2012-Rabu, aku pun terjahla ke JJ Balakong atau dikenali dengan JJ Cheras Selatan.. memang fav aku pegi POPULAR tuh.. boleh pitam weiiii~~ *noted- aku dh tak berapa suka nak masuk MPH kat Alamanda tu.. bosan! banyak stok yang takder.. staff pun ala kadar jek nak melawan.. puih!! 5 jam dalam tu pun aku tak kisah. tapi biasanya aku duk dalam tu tak sampai 1/2 jam pun.. *nanges... sebab?? sebab anak² aku dah macam orang tak tentu arah.. dia pun sibuk mengemas.. amik bakul isi buku, keluarkan buku isi selipar, keluarkan lagi, isi pensil box.. arghhh!! serabut betol~~ aku pun jadi malu... hahahah~ tu la sebabnya taknak berlama² dalam tu.. dah capai 2,3  biji novel terus p kaunter dan bayar.. pembelian aritu mencecah ke angka 100.. terima kasih abang sebab belanja! hehe..

salah satu hasil pada hari tersebut
settle beli buku, masuk pulak JJ.. nak cari apa?? kan plan awal nak belikan adik hadiah birthday kann?? dh belek punya belek takder plak yg berkenan.. dh berkenan terasa mahal la plak.. tak berbaloi.. tak boleh beli satu, WAJIB beli 2.. last² langsung tak beli apa²!! hahahaha~ kesian adik.. niat awal nak belanja adik last² papa belanja mama plak kan?? takper² banyak masa lagik.. malam nie pun kita boleh pergi cari hadiah adik.. nanti mama deal dengan papa yerpp?? :D

arini plak 28 Disember 2012-Jumaat, kerja mcm biasa.. dh takder mood dh nak keje.. nak cuti jek rasanya.. datang mcm biasa, lambat lagik.. harinie lambat 9 minit.. takper... sebab diorang kata datang lambat cemana sekalipun tulislah reason+minta sign pd boss beso.. okeh done. bukan susah sgt pun kan? hahahah~~ melampau kau angel.. manjang asik takper... tah, tengoklah.. mebi taun depan rekod kedatangan aku cemerlang sket sebab nak kena keluar rumah seawal jam 7 pagi.. gedegang!! langgar pintu bilik air dan pengsan.. -_-

plan nak balik tengahari pun punah.. last minit dpt message ada meeting lepas lunch.. diorang nak senarai tugas.. kelam kabut mak jemah update senarai tugas tauu!! jam dh pukul 11.45.. memang tak sempatla ko nak kejar bas pukul 12 tu.. call encik suami pulak tak berjawab. sebab aku nak kompomkan dengan dia jadi balik ke tidak.. last² dengan hati yg bengkek, aku BBM ckp kansel balik.. arghhh!!! apehal tah tetiba nak hangen sebadan.. nie semua sebab meeting last minute punya pasal.. gerammmmm!!!!!!

sekarang pukul 2.15.. nak pegi solat dan get ready untuk meeting.. jantung berdebar² sambil memikirkan sape plak yang nak kena bambu dalam meeting tergempar harinie?? tah² aku kot sebab rekod kedatangan amat buruk sekali.. apa² jekla.. kalau ada rezeki aku kat sini lagi, duduk ajerlah kat sini.. kalau takderpun paling busuk diorang tukarkan aku department lain.. hahahah~~ ingatlah sahabat, setiap rezeki itu datangnya dari Allah... terima dengan redho.. amin~~




 
Kalau nampak tabung2 derma itu dermalah.. Rm1 pun tidak mengapa yang penting istikomah.

Tapi kalau lagi banyak derma itu lagi besarlah pahalanya.

UAI selalu cakap..
Kalau siapa derma rm50 malam ini, mana tahu, tahun depan, dapat bini baru...
.. Kikiki3 :)

Nota:
Orang puan jangan marah ya.. Abg ming gura3 jah.. :).


#amboi UAI nie... lawak kasar nampak.. hahahaha






0 kepochi:

Blog Widget by LinkWithin