Selasa, 17 Mac 2009

'smart card'

Okey guys, arinie dh ada modal SIKIT nak kepo²chi kat cni.. ahaks.. saja jek nak bgtau yg aku dh dpt kad kat pintar nie.. adeii.. kad jekla yg pintar tuannya idak.. hua3.. memandangkan aku dah duk dept account nie, bermakna aku diwajibkan memiliki kad pintar yg berwarna purple nie.. apa fungsinya ekk?? tahlaaa.. baru arinie dapat.. aku pun tatau nak guna cemana. cuma yg aku tau, kat cni guna sistem, so.. kad nie diperlukan untuk mengaktifkan sistem tersebut.. begitulah ceritanya.. kad ada nama aku tau.. so, takder sape leh rompak.. kah3.. sape ajerlah yg nak rompak wey.. bebudak kat cni dh berzaman ada kad nie, aku jek yg jakun dari tadi tak sudah2 membelek.. nampak tak ada gambo JPM dlm kat tuh.. hiks =p itu bermakna.. kad ini HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA.. bukannya aku.. sndrik mau igt laaa.. hehehe

kad pintar yg berwarna purple

HAK MILIK KERAJAAN okehh =p

yg nie HAK MILIK AKU.. hehe

like father like dotter rite.. huhuhu... mummy leb u :D

* eh, agak2 korang, takper ke ek aku jaja2 gambo card kat cni?? ermmm.. tapi takat gambo card jek apa ada heran kan... huhuhu

takmo plan² nak kawen.. ahaks!~

Today aku dpt emel nie.. tergelak la jugak bila membacanya.. btol jugak kata si Mat tu kan.. kepada Mak si Minah tu.. lu pkir la sndrik.. agak2 apa reaksi Mak si Minah tu ek?? tak menahan bila si Mat nak Test Drive dulu.. hakhak..


Kepada yang nak kawen. Ni ayat power terbaaaaaaek! Gagagaggag SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!

Juz sharing babe.... There is this one incident which led to a POLICE CASE.... KURANG AJAR ABIS pasal hantaran TINGGI2..... =p

Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya..... harap harap paham jerlah~"

Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti.... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap...."

Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

Gelak?? Terperanjat? I was a witness there. This really happened da.... Sounds funny but if u were there confirm lost kejap.... what happened next was an UGLY scene.... bertikam lidah sampai 3 lelaki bengap datang step hero. Dorang pon kena maki terok² dgn 'Emak kepada minah' tu. (",)

Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul, yg diparaktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat. Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yg berjaya, namun mereka lupa akan amanah yg dijanjikan sblm dikurniakan anak itu. Subhanallah.

* seb baik aku dh kawen.. huhuhu...


Isnin, 16 Mac 2009

ini sudut menan..

saja jekla nk tempek gambo sudut permainan pontel.. hahaha.. sudut ka?? ahakss.. mak andak pontel kata, umah mama pontel dh macam TASKA plak.. adoilaaa.. TASKA dikatanya umah aku. smpi hati ko.. huhuhu.. tapi btol jugak.. kalo tgk 2,3 kali tak ubah tasko ko....








* layankan jekla... lom ada idea nak kepo²chi lagik.. ahakss!~ 2

* ini adalah sebahagian drp menan pontel.. uhh.. mmg bebetol TASKA la ekkk.. =p

11 mois old





pontel today.. 11 mois old... (tapi dh tak bape pontel kan?? huhuhu)..



alhamdulillah... syukur pada Mu Ya Allah kerana memberikan kami rezeki ini... today pontel genap 11 mois old.. dh makin besar.. kejap jek kan. rasanya baru sgt saket2 nak bersalinkan dia.. sme tu pengalaman paling berharga.. syukur jugak today pontel tak demam macam bulan2 yg lepas. kalo korang igt lagik bila nak cukup bulan mesti pontel demam.. maknanya tiap2 bulan mmg aku akan bawa pontel ke klinik. smpi doc pun dh kenal.. tapi bulan nie, alhamdulillah.. gaknya pontel dh tau dia dh makin besar, dh takmo demam2 lagik.. hehe... syukur2.... akhirnya doa aku dan incik abe termakbul jugak.. aminnn... :D

pontel dh 11 bulan.. dh pandai apa skrg yek? sama jugak mcm yg lepas2 cuma skrg nie mulut dia makin bising, pok pek pok pek manjang.. ikut bahasa dia. bila senang hati, dia akan nyanyi2.. ihiks. pastu bila aku marah2 dia dh pandai merajuk jugak... alahai anak... tapi sgt bahagia okeh bila tgk perkembangan anak dari umur sehari smpi dia dh 11 bulan nie.. doa mama n papa moga pontel cepat membesar, sihat, jadi anak yg bijak dan mendengar kata..

* pontel lum pandai jalan lagik.. gg pun baru tumbuh 4 batang.. lagik 4 btg bakal tumbuh... tungguuuuuuuu.. =p

Isnin, 23 Februari 2009

lelaki vs kuceng

aku dpt emel nie, memula aku buat derk jekla. tapi bila aku baca lagik skali, mmg btol la fakta nie.. bulih dipertimbangkan.. hiks =p

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa? meh baca sesama..


1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

** kalo lelaki kuceng tu agak² ada persamaan tak? hehehe..


Blog Widget by LinkWithin