Isnin, 21 Januari 2013

Edisi Groupon

terus masuk tajuk.. malas nak corner sana sini.. ahakss!! sesuai dengan status YM aku, i Love Monday~~ hahaha~ kawan² aku semua pelik. apahal tetiba love monday? padahal selama nie monday la yang paling aku benci.. huuuuu~~

arinie masuk opis lepas lunch. sebab?? sebab aku ngantok.. wiken lepas balik johor ada urusan pasal rumah generasi ke-2 felda. encik suami aku kan anak felda.. pasal umah nie aku malas nak citer panjang tapi kalau ada rezeki, insyaAllah dapatlah kami umah sebiji.. amin.. pagi tadi sampai Putrajaya kul 3.30am sebab benti tido banyak kali.. ditambah pulak dengan hujan renyai² bahasa sepanjang jalan.. tapi bila masuk highway jek langsung x hujan. hebatt!! patutla dapat FB banyak jek cerita pasal hujan peringkat kuning, peringkat coklat, peringkat jingga kat Johor.. maknanya Johor sedang musim bah la kot..

muka ada senyum dapat borang rumah.... insyaAllah ada rezeki untuk kita.. amin..
kakak tak sekolah lagi arinie sebab semua org pun bangun lambat. encik suami decide arinie kakak cuti. wahh seronok sakan! pagi² sempat pegi JJ beli susu adik, pegi sarapan lagi pastu terus hantar p taska. tak payah nak sentap² yer kakak.. dh janji mcm² dengan mama n papa sejak Jumaat lepas kan? dh lama cuti esok nak sekolah tak cemana gaknya.. opss lupa nak citer, minggu nie encik suami berkorban amik cuti separuh hari semata² nak melayan kerenah si anak yang bernama Adrianna Qistina. dia kata takperlah, biar dia amik cuti pagi, tengahari kakak dh balik sekolah baru dia masuk keje. sebak?? tahlaaa~~ aku rasa serba salah jugak.. mesti dia buat cmtu sebab tak tahan aku bebel hari².. hukhuk~~

sampai opis ngam² kul 2.. cc aku tak ckp apa sebab aku dh inform awal² arinie aku lewat. tapi xdelah plak aku ckp lewat smpi lepas lunch. pastu tadi masa nak sign punch card aku ckp terima kasih cc, dia cuma jawab 'erm..' marah ke apa?? muahahahah!! lantaklaaa..... jap lagi ngam² aku duduk kurier pun sampai.. kurier apa?? kurier by GROUPON!! yehaaaaa~~ kembang kempis ati aku.. nie 2nd time aku beli barang guna kupon. jadiknya aku mcm tak bajet la barang tu akan sampai sebab dulu pestime penah beli kupon dengan mydeal.. harammmm barang tak sampai duit pun burn.. grrrrrrrrr!!! syiok².. pasni boleh beli selalu la maknanya sebab barang dijamin sampai. TQ groupon!!

groupon memang boleh dipercayai! :D

beso giler ngko kotak dia
skali buka isi dalam.. aikk??!
dan inilah hasilnya.. aku beli flusk khas untuk Dabel Q.. :D


#ada 2 sebab kenapa tetiba aku balik Johor.. 1st sebab nak celebrate birthday mak aku yang ke-66.. 2nd sebab nak amik borang penyerahan rumah Felda Generasi Ke-2.. kira adil dan saksama la kan.. mujurlah dua² sama negeri takderlah bergaduh sakan.. ngehehehe..

selamat ulangtahun yang ke-66 mak.. moga diberikan kesihatan yang baik. kami semua sayang mak!!


Rabu, 16 Januari 2013

Wordless Wednesday




Sekejap jek dh Rabu.. alhamdulillah!! secara rasminya bermula hari ini 16012013 Qistina akan kembali ke Taska Al-Qalam seperti biasa.. aku dh berhentikan dia kat Taska KBS sejak semalam.. tak sanggup dengar dia melalak hari². fullstop!! dan bermula hari ini rutin harian aku menjadi semakin panjang.. dari presint 4 ke presint 5 dan seterusnya hantar dia balik ke presint 14 dan patah balik ke presint 4.. pening bukan? takperlah, aku dh buat yang terbaik.. semoga Allah sentiasa bersama aku.. In Shaa Allah~~

#Qistina nampak hepi dapat jumpa adik semula.. lepas nie jangan nangis² lagi yer kakak.. mama dh cuba buat yang terbaik untuk anak² mama..





















Selasa, 15 Januari 2013

Kelebihan Ayat 3 Qul

Amalkan Ayat 3 Qul pada setiap hari di waktu Pagi...


(Pesanan Nabi Muhammad S.A.W jikalau kita mengamalkan 3 surah ini pada waktu pagi maka Allah SWT akan memelihara keselamatan kita sehinggalahke petang.)
 
AYAT 3 QUL

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

 
Al-Ikhlas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Al-Falaq
[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

An-Nas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Fadhilat Membaca 3 Qul

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah 
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca 
surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca 
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
Pahala Membacanya 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca 
surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam ya
kullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
 
Menghindari Sihir dll
1.  Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2.  Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk.
3.  Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.
4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.
5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.
6.  Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / di ulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

crdt to : blog izalea

#insyaAllah akan diamalkan selalu...  



Jumaat, 11 Januari 2013

Selamat Petang

ehhh... dh petang jumaat!! hapdet laju² sebab lagi 45 minit nak balik.. ngehehehe...

arinie keje mcm biasa.. tapi perangai Qistina sangat² luar biasa.. bangun pagi² suruh mandi ok jek, sampai sekolah meraung.. ok itu cerita pagi..

pagi² lepas hantar adik.. seronok ajer kau kan kak..
ondaway p opis mama.. buat² tido pulak
pejam mata lagik.. haihh!!! sampai sekolah terus meraung~~
petang pulak nak hantar p taska meraung lagi. padahal nak hantar taska lama ajer pun.. kesian punya pasal sebab dh 4 ari melalak p taska opis aku, pagi² tadi aku dh call taska lama siap².. aku cakap harinie nak tumpangkan Qistina untuk sehari. cikgu cakap okey ajer.. lega!! tup² bila dh sampai depan taska lama dia buat perangai pulak.. keraskan badan smbil meraung².. agaknya tah apa yang dia pikir yek? p taska bawah opis aku pun taknak, taska lama pun taknak.. adoi anak~~~ pening kepala mak nakk... =( 

dia kata nak p taska dengan adik.. apa kau lupa adik kau ada kat dalam tu?? tak pasal² kena penampau sulung dengan encik suami.. gerammmmm sangat!!! tengah dia meraung² aku picit jek loceng taska.. elok cikgu buka nampak adik tengah berlenggeng smbil terjengket² berjoget depan pintu.. adik manjang jek hepi.. agaknya pelik nampak kitaorg datang.. time tu dh pukul 3 pun.. dh time mandi bebudak tu.. bila nampak adik, terus si kakak tak jadi nangis.. hurmm.. sangat² drama la si Qistina nie.. nie baru bape hari sekolah.. cmne aku nak melayan dia sepanjang taun nie?? huwaaa~~ lelama aku yang melalak kat tengah jalann.. uhukss!

jap lagik dh pukul 5.. nak balik amik anak²... siaplah kau kakak, mama post mortem nanti.. apsal kau tetiba melalak bagai nak giler.. haihhh!!! cepatlah pukul 5~~

#esok time berehat² di rumah.. ahad ada class... yehaaa!!! berdebar² pulak rasanya.. hepi wiken prenz!! :D



Blog Widget by LinkWithin