Selasa, 15 Januari 2013

Kelebihan Ayat 3 Qul

Amalkan Ayat 3 Qul pada setiap hari di waktu Pagi...


(Pesanan Nabi Muhammad S.A.W jikalau kita mengamalkan 3 surah ini pada waktu pagi maka Allah SWT akan memelihara keselamatan kita sehinggalahke petang.)
 
AYAT 3 QUL

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

 
Al-Ikhlas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Al-Falaq
[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

An-Nas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Fadhilat Membaca 3 Qul

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah 
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca 
surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca 
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
Pahala Membacanya 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca 
surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam ya
kullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
 
Menghindari Sihir dll
1.  Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2.  Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk.
3.  Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.
4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.
5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.
6.  Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / di ulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

crdt to : blog izalea

#insyaAllah akan diamalkan selalu...  



Jumaat, 11 Januari 2013

Selamat Petang

ehhh... dh petang jumaat!! hapdet laju² sebab lagi 45 minit nak balik.. ngehehehe...

arinie keje mcm biasa.. tapi perangai Qistina sangat² luar biasa.. bangun pagi² suruh mandi ok jek, sampai sekolah meraung.. ok itu cerita pagi..

pagi² lepas hantar adik.. seronok ajer kau kan kak..
ondaway p opis mama.. buat² tido pulak
pejam mata lagik.. haihh!!! sampai sekolah terus meraung~~
petang pulak nak hantar p taska meraung lagi. padahal nak hantar taska lama ajer pun.. kesian punya pasal sebab dh 4 ari melalak p taska opis aku, pagi² tadi aku dh call taska lama siap².. aku cakap harinie nak tumpangkan Qistina untuk sehari. cikgu cakap okey ajer.. lega!! tup² bila dh sampai depan taska lama dia buat perangai pulak.. keraskan badan smbil meraung².. agaknya tah apa yang dia pikir yek? p taska bawah opis aku pun taknak, taska lama pun taknak.. adoi anak~~~ pening kepala mak nakk... =( 

dia kata nak p taska dengan adik.. apa kau lupa adik kau ada kat dalam tu?? tak pasal² kena penampau sulung dengan encik suami.. gerammmmm sangat!!! tengah dia meraung² aku picit jek loceng taska.. elok cikgu buka nampak adik tengah berlenggeng smbil terjengket² berjoget depan pintu.. adik manjang jek hepi.. agaknya pelik nampak kitaorg datang.. time tu dh pukul 3 pun.. dh time mandi bebudak tu.. bila nampak adik, terus si kakak tak jadi nangis.. hurmm.. sangat² drama la si Qistina nie.. nie baru bape hari sekolah.. cmne aku nak melayan dia sepanjang taun nie?? huwaaa~~ lelama aku yang melalak kat tengah jalann.. uhukss!

jap lagik dh pukul 5.. nak balik amik anak²... siaplah kau kakak, mama post mortem nanti.. apsal kau tetiba melalak bagai nak giler.. haihhh!!! cepatlah pukul 5~~

#esok time berehat² di rumah.. ahad ada class... yehaaa!!! berdebar² pulak rasanya.. hepi wiken prenz!! :D



Rabu, 9 Januari 2013

Rebate Telefon Pintar Bernilai RM200

Korang dah daftar?? aku sudah!! muahahaha.. giler semangat weiiiiii~~~


klik gambar utk lebih besar :D
Antara telefon pintar yang boleh dimiliki menggunakan rebate RM200 ialah :

Alcatel 993D
Alcatel One Touch Glory 2
Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia Asha 311
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790
KUALA LUMPUR: Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM 200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Januari), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - BERNAMA

#nie posting copycat ajer.. tepuk dada tanya selera nak hempong apa!! ngeeeeee :D... 
crdt to eddyjugaks.blogspot





Selasa, 8 Januari 2013

Hari Ke5 Minggu Ke2


Salam 1 Belia 1 Malaysia..

Ehh tetibaje kau nie kan.. taula keje ngan orang belia²... wuhuhu.. kejapnya jam dh pukul 11.20pg. tepat jam 12tgh nanti nak kena merempit amik anak kat sekolah.. :(  tatau kenapa rasa sebak bila tiba part nie. agaknya aku kesian tgk anak yang kena panas naik moto kot.. Ya Allah. semoga semua nie hanya sementara sahaja.. mohon dipermudahkan segalanya lepas nie. aminnn~~

Hari ke5 sekolah mcm ada perubahan sedikit demi sedikit. kakak dh tak berapa nak nangis bila sampai sekolah. tapi masih ada angin. kadang² pagi semalam bangun tido nangis, pagi nie dh ok.. petang semalam nak p taska transit pun masih nangis lagi, dan harapan aku moga petang nie dia tak nangislah hendaknya.. aminnn!!!! aku sebak bila tengok dia nangis. tapi nak buat cmne kan? bak kata kawan aku, hati kita kena kental.. sedih cmne sekalipun, KENTAL tu perlu.. yer.. KENTAL yerrrrr.... uhuksss!!

cerita weekend lepas...

mula dari tahun nie encik suami akan bercuti setiap sabtu minggu pertama dan ketiga.. hip hip horrey!! seronok kau!! giler tak seronok??? hahaha~~ benda semua tak diplan tapi takper aku soka.. sabtu tu cakap dengan encik suami nak mencari novel SETIA HUJUNG NYAWA.. aku dh cari kat alamanda + jj semua takdak.. hampeh betoll!! bandar beso cmni pun bleh habis kaaa??? pastu tup² encik suami sajes ajak p jj seremban 2.. perghhhhh!!!! terus terkelip² mata aku.. yeyyyy!! terima kasih abanggggg... i luv u more! :D

disebabkan encik suami pestime bercuti pada hari sabtu makanya pagi tu dia yang melayan kerenah anak dara.. nak mandi kolam kan?? haa.. hamikkkk~~ mandilah korang sampai kecut jari jemari.. si adik pun bibir dh biru lebam, terketar² mulut masih nak berendam lagik.. haihh!!! geram jek budak kecik ni tau..

dengan papa ok ler nak berlama².. dengan mama jangan harap!

siap² keluar rumah dalam pukul 9 lebih.. singgah sarapan dekat Medan Selera Kg Dato Abu Bakar Baginda.. nak suruh kakak makan mee goreng peberet dia.. anak aku nie bukan senang nak suruh dia makan, makanya bila dh tau apa peberet dia, memang situ jekla yang aku tuju.. dia kenyang ati aku pun senang.. tak gitu?? settle makan terus masuk tol bangi.. belum panas enjin dh jumpa jem plak aihh!! adoilaaaaa~~~

apa punca niee?? belum sampai bukit mahkota pun.. twit sana sini rupanya depa kata ada eksiden plak kat depan tu.. malas nak tempuh jem kitaorg susur nilai lalu LEKAS..
sampai JJ dalam pukul 11 cmtu.. pagi² pun parking penuh.. tensen betol~~ dhla hujan renyai² pagi tu.. huhu~~ pusing cari parking 2x tup² dapat parking bebetul depan pintu masuk JJ.. syukran!! rezeki... hahahaha... terbaek ar JJ nie.. kawasan beso, kedai pun macam² hado.. sok kalo aku jadi jutawan aku nak soping kat cni jek.. takyah nak p jauh2.. hakhak~~ aku memang x pikir lain dahh... masuk² terus mata melilau cari POPULAR.. tadaaaa!! nampak depan mata.. menggeletek ko nak terjah terus.. memula rileks lagi, 2,3x pusing cari sendiri tak jumpa.. skali dh stress terus tanya budak yg keje c2, novel sekian² tu memang xde ke dik? elok dia tunjuk rupanya kat sebelah aku jek.. hahahahaha~~ apalagiiiii~~ angkat sebijik laa... puas hati! kira tak sia² perjalanan aku arinie okeh.. terima kasih abang.. settle beli terus balik.. memang malas nak tunggu² dah.. hehe.. terus uplod kat FB nak kasi jeles sama sme orang.. wakakakaka~~ gila busuk ati kau nie angeL.. bhahahaha~~ malam tu anak buah aku twit, "ucu dh beli novel setia hujung nyawa ke?" haruslah mak ucu dia nie jawab "sudah!!" wahahaha.. tensen ajer budak ittew.. =))

import from seremban~~ wehuuuuuu!!

ari AHAD plak mana lokasi aku ek? adehhhh~~ lupa plak.. haaaa!!! pegi MYDIN, pastu pegi kajang nak cari helmet di budak kecik nie.. haihhH!!!

yang baju hitam tu saja je kan... grrrrr~~~~ 

susah rupanya nak cari helmet saiz kakak nie.. dulu² aku rasa mcm senang jek.. melambak² org jual.. kat pasar malam pun ada.. tapi sekarang bila aku nak guna hampeh tarak!! kebetulan ari ahad semua kedai moto tutup... waduhhhh!! dugaaan....... pegi mydin tu pun tujuan utama nak cari helmet, takder jugak.. helmet takder, mende lain plak yang aku beli. tak memasal terbang $$$.. uhukssssss!!! encik suami ajak ronda bangi plak... pun takder.. last² jumpa kat kedai 2 hengget sg chua, kajang!! hahahahaha~~ hamik kauuuuu~~ memang tak bajet pun kat kedai tu ada jual... dh terdesak sgt, terpaksala beli jugak... kira tak sia² jugakla pencarian arinie.. mih².. settle membeli terus balik.. letih dh dari pagi keluar umah. tak geti² nak balik ke?? :D

bila dh petang² sket tu encik suami ajak plak lepak kat dataran. dh lama tak bawa anak² main beskal katanya.. wahhhh~~ laju jek anak² aku bersiap.. siap terkinja² weiii~ sabau jeklaaa....sampai dh azan maghrib berkumandang baru pandai nak balik.. itupun kena paksa... dari dataran singgah plak p alamanda cari susu untuk adik.. hahahaha~~~ berjalan lagi.. kau tak geti penat agaknya yer angeL?? nak buat cmne kan, aku punya aura jenjalan nie memang lain sket dr yang lain. mujurlah encik suami amat memahami.. sayang abang ketat² =p

buah hati saya... mmuahhh!!!! seronok main takmau balik kan kakak..
dan ini hasil pencarian helmet untuk si kakak... semalam kakak dh rasmikan pun... minah rempit versi angry bird.. yawwww!!!

comel x kakak??? sian anak mama tengahari buta kena merempit.. :(

# ehhh dh pukul 12!! jom merempit amik kakak balik sekolah...












Jumaat, 4 Januari 2013

Hari Ke-4

Alhamdulillah dah 4 hari kita semua menempuh kehidupan seharian bagi tahun 2013.. rutin harian aku cemana? sedikit berubah dan bertambah penat.. huhu~~

sebelum nie pagi² keluar rumah hantar anak² ke taska qalam, lepas tu terus p pejabat. time balik pun cmtu jugak.. dari pejabat, ke taska amik anak² terus balik. tapi mula dari tahun nie kena hantar adik dulu ke taska qalam, lepas tu ke tadika hantar kakak, lepas tu baru masuk opis. tengahari pulak, keluar ke tadika amik kakak, bawa balik ke opis, siapkan kakak makan, salin baju, main² dulu baru hantar ke taska transit kbs.. pukul 5 amik kakak, bawa balik, pegi taska qalam amik anak baru la sampai rumah. paham tak? mcm pening pun ada kan? aku yang lalui nie pun bukan setakat pening tapi lepak 100%!! :(

malam tadi semua tido awal.. kakak sampai rumah kul 6, mandikan, bagi susu terus tertdo.. nak makan pun tak sempat kan kakak.. :(  dia tido tak sedar² sampai pagi tadi.. kesian anak aku, letih sangat gamaknya.. sehari x tido.. ptg semalam masa amik dia kat taska dia ada cerita cikgu marah.. aku tanya kenapa cikgu marah? rupanya cikgu suruh dia tido.. huhu~~ siap buat gaya cikgu angkat² tangan suruh dia masuk bilik tido.. aku sempat tanya, cikgu ada cubit kakak ke? dia jawab 'takder!' fuh legaaaa~~ kalau cikgu tu cubit, pagi² tadi aku dh serang dia.. hehehehe.. gangster eh?! kiranya kakak serasi la duduk taska baru tuh sebab banyak mainan. masa amik adik kat taska al-qalam sempat pulak dia api²kan adik cakap 'tadikan dik, kakak main mainan kat sekolah.. banyak mainan..' amboiiiii~~~ pandai yer kau mengapi²kan adik kau yg tatau pape tu.. hahaha

tengahari ni pulak turn aku amik kakak kat sekolah sebab encik suami ada kerja.. alamak aihh!! dh kena start merempit la jawabnya... moga semuanya baik² ajer.. aminnn~~

#pestime bawa anak naik moto.. risau dia lain macam.. haihh!!! -__-

Blog Widget by LinkWithin