Jumaat, 4 Januari 2013

Hari Ke-4

Alhamdulillah dah 4 hari kita semua menempuh kehidupan seharian bagi tahun 2013.. rutin harian aku cemana? sedikit berubah dan bertambah penat.. huhu~~

sebelum nie pagi² keluar rumah hantar anak² ke taska qalam, lepas tu terus p pejabat. time balik pun cmtu jugak.. dari pejabat, ke taska amik anak² terus balik. tapi mula dari tahun nie kena hantar adik dulu ke taska qalam, lepas tu ke tadika hantar kakak, lepas tu baru masuk opis. tengahari pulak, keluar ke tadika amik kakak, bawa balik ke opis, siapkan kakak makan, salin baju, main² dulu baru hantar ke taska transit kbs.. pukul 5 amik kakak, bawa balik, pegi taska qalam amik anak baru la sampai rumah. paham tak? mcm pening pun ada kan? aku yang lalui nie pun bukan setakat pening tapi lepak 100%!! :(

malam tadi semua tido awal.. kakak sampai rumah kul 6, mandikan, bagi susu terus tertdo.. nak makan pun tak sempat kan kakak.. :(  dia tido tak sedar² sampai pagi tadi.. kesian anak aku, letih sangat gamaknya.. sehari x tido.. ptg semalam masa amik dia kat taska dia ada cerita cikgu marah.. aku tanya kenapa cikgu marah? rupanya cikgu suruh dia tido.. huhu~~ siap buat gaya cikgu angkat² tangan suruh dia masuk bilik tido.. aku sempat tanya, cikgu ada cubit kakak ke? dia jawab 'takder!' fuh legaaaa~~ kalau cikgu tu cubit, pagi² tadi aku dh serang dia.. hehehehe.. gangster eh?! kiranya kakak serasi la duduk taska baru tuh sebab banyak mainan. masa amik adik kat taska al-qalam sempat pulak dia api²kan adik cakap 'tadikan dik, kakak main mainan kat sekolah.. banyak mainan..' amboiiiii~~~ pandai yer kau mengapi²kan adik kau yg tatau pape tu.. hahaha

tengahari ni pulak turn aku amik kakak kat sekolah sebab encik suami ada kerja.. alamak aihh!! dh kena start merempit la jawabnya... moga semuanya baik² ajer.. aminnn~~

#pestime bawa anak naik moto.. risau dia lain macam.. haihh!!! -__-

0 kepochi:

Blog Widget by LinkWithin