Sabtu, 17 Januari 2009

Renung²kan

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak padatanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

(hohoho.. sonang jekni =p)

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

(ayak!! tepaksa aku rajin masak pasni.. hiks!!)

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
(ngeh3)

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid
(alhamdulillah.. dh ada pontel pun)

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

(uiks.. sensored!)

6.. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yangsempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteriberkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapatpahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

(insyaAllah)

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

(pasni tiap kali tgk muka incik abe kena kasi senyuman menggoda smbey mata kelip2 =p)

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

(insyaAllah)


** ini bukan Tag okeh.. harap maklum...


Blog Widget by LinkWithin