Rabu, 24 Oktober 2012

Play Time

6.30pm oledi sayang.. Bila nak balik rumah nie? Mama nak masak, nak basuh, nak sidai kain, nak lipat kain.. Huwaaa!!! Banyaknya keje yang menanti.. Jomla kita balik sayang..

# papa pun tak balik2 nih.. Kata nak jemput kami kat playground sblm kul 6.30.. Amboi diaaaa.. T_T


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wordless Wednesday, Grrrr~~


pagi² lagi dh rasa sentap.. arghhh!! stress sungguhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!


tengok gambar nie terus hilang stress

# Jaga keselamatan walau dimanapun anda berada. Selamat bercuti dan selamat balik kampung yer kenkawan! 








Sabtu, 20 Oktober 2012

Hepi Weekend ^_^

Have a great weekend prenz!!! Jom swimming dgn kitaorg..

#jgn stress2 tau weekend nih, tapi mama kitaorg dah bertukarrrrr jadi hijau sebab kitaorg dah habiskan 2 botol sabun mandi... Horeyy!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 19 Oktober 2012

Potluck N Friday

heppi rite? bila Jumaat jek kena heppi lebih sket. bukan aku jer, korang pun sama kan? elehhh.. x payah nak poyo ler cakap tak..

arinie ada potluck kat opis, potluck adalah ditaja oleh pegawai² kontrak di bahagian kami. alhamdulillah rezeki. terima kasih untuk adik² kontrak yer. moga rezeki korang bertambah lepas nie. macam² menu ada, main menu opkos nasi lemak ayam.. ada jugak kuih seri muka (peberet aku), karipap² cinta kata dak utara yang slalu cari gadoh ngan aku iaitu pendi.. (bila nak makan nasi minyak hang nie pendi?) slalu dah akak nampak hang berbelanja barang dapor, deting berdua²an.. ngehehehe~~

dah 2 ketul masuk perut aku.. nikmat betul kuih seri muka tu.. lagi 2 ketul simpan utk makan² petang nti.. haha

tengahari nie takder plan nak p mana. rasa mcm nak duk terperap tido kat opis selama 2 jam. ada jugak rasa nak ikut opismate pegi pasar tani kat P2. cuma tang tu yang aku tak tahan tengahari buta nie cuaca adalah panas berdentum. sakit kepala okeh. dan lagik disebabkan uang besar belum masuk tu yg tak berapa syok nak jalan² cuci mata.. dahtu cenggana nih?? nantilah aku pikir balik.

sok SABTU yang ditunggu².. hip² horeyyy!! kami nak balik kampung halaman.. balik kg.. ooo balik kg... malam nie dah boleh packing² baju dengan jayanya. tatau kenapa semangat sgt aku nak balik kali nie, opkos la sebab nak p tengok rumah baru kann.. yeyyy!!!






Khamis, 18 Oktober 2012

Syukur!!

inilah surat tawaran yang aku gembar gemburkan semalam.. tak kisahla rumah harga kos rendah ajerpun. sok² kalo aku jumpa duit tepi jalan aku beli la umah kos tinggi sikit kennnn?? insyaAllah.. mana lagi nak cekau rumah harga RM25,000.00 zaman millenium ni oi???!!!

alamat terpaksa dipangkah takut ramai org hantar surat nak berkenalan. huhu


dah siap call Pejabat SUK Johor tu dan diorang kata tak perlu susah payah ke Nusajaya jumpa diorang. Bila aku dh dapat Sijil Layak Memiliki Rumah tu maknanya memang otomatik aku dah dapat rumah tu.. hohh??! alhamdulillah.. kakak tu okey jek layan aku walaupun aku tak berapa nak paham bila dia citer pasal loan bank, loan kerajaan, persen, bape kaki persegi.. wakakakaka.... dia tanya dah pegi tengok rumah ke? aku jawab belum.. lepas tu dia kata lagik, baik awak pegi tengok dulu, rumah cmne, lokasi kat mana, ok ke tak ok, lepas tu terus berurusan ajer dengan Pemaju Perumahan untuk urusan loan & jual beli (sekiranya aku memang 101% setuju nakkan rumah itew).. mengikut rekod, aku mohon rumah tu tahun 2005.. perghhh!! gila ngko~ zaman aku muda mudi, zaman baru² masuk keje. hahahaha... baru dapat tawaran sekarang kiranya memang rezeki untuk anak².. terima kasih pada Kerajaan Negeri Johor sebab bagi aku peluang.. i'm proud to be Johoreans.. Rawkk!!! syukur! =)


* Isnin nie cuti, nak tengok rumah dan jumpa pemaju. yeyyy!!


Blog Widget by LinkWithin