Rabu, 29 Oktober 2008

ha ko!! beso glerr...


Lahir bayi 5.35kg

Oleh Rudy Fazrunisyam
Samarudinrudy@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: “Sepanjang mengandung anak ketiga ini, saya cukup gemar makan limau Sunkist,” kata Khalilah Idris, 32, ibu kepada bayi perempuan seberat 5.35 kilogram yang dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, Sabtu lalu.Noor Izzah Fikriyah Ayuni Mohd Rasul yang dilahirkan kira-kira jam 6 petang itu sekali gus memadamkan rekod lama bayi paling berat iaitu 4.95 kilogram yang pernah dilahirkan di HSA beberapa tahun lalu.




Noor Izzah dilahirkan melalui kaedah pembedahan berikutan saiznya yang lebih besar iaitu 41.63 sentimeter atau bersamaan dengan saiz bayi berusia tiga bulan berbanding ukuran saiz normal bayi yang baru dilahirkan - 35 sentimeter.

Khalilah berkata, pengalaman kali pertama melahirkan anak secara pembedahan menjadi kenangan yang sukar dilupakan kerana keperitan dan kesakitan yang ditanggungnya apatah lagi apabila anak dilahirkan itu bersaiz besar.

Berkongsi cerita sepanjang sembilan bulan mengandung, Khalilah berkata, tiada perkara pelik yang berlaku melainkan dia mengidam makan telur pindang, nasi dalam dulang dan bubur lambuk.

“Tiada amalan khusus yang saya ikut sepanjang mengandung Noor Izzah, tetapi saya akui gemar makan limau Sunkist. Hampir setiap hari saya memakan buah itu dan mungkin sebab itulah anak yang dilahirkan ini menjadi begitu sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, semalam.

Bagaimanapun, Khalilah berkata, dia terpaksa mengharungi detik memeritkan terutama ketika kandungannya mencecah usia matang kerana selain terpaksa menampung kandungan yang besar, dia juga terpaksa berdepan dengan kesakitan setiap kali anak dalam kandungan bergerak.
“Pengalaman melahirkan anak ketiga ini secara pembedahan menyakitkan. Saya menangis kerana menahan kesakitan setiap kali dia bergerak dalam kandungan,” katanya.Khalilah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Rasul Ridzuwan, 36, seorang ahli perniagaan dan dikurniakan dua anak, Noor Izzah Fatiha, 9, dan Noor Izzah Shafiqah, 6.

** adakah?? sbb makan sunkist kahh?? huhuhuhu...

2 kepochi:

attyfir berkata...

makkk aii..montel..babynya

aNgeL pUTiH berkata...

haa.. tu la psl.. 5 kilo kakk.. adoilaaaa

Blog Widget by LinkWithin